Malaysia Mohon Tambahan Kuota Haji – Mohd Na’im

  • News
  • August 27, 2024

KUALA LUMPUR: Malaysia telah menyatakan hasrat kepada Arab Saudi supaya kuota haji negara ditambah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Mohd Na’im berkata perkara itu disampaikan ketika pertemuan beliau bersama Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah, semalam.

“Dalam pertemuan ini saya telah membangkitkan beberapa perkara penting antaranya permohonan menambah kuota jemaah haji Malaysia bersesuaian dengan populasi rakyat Malaysia.

“Semoga hubungan baik kerajaan Malaysia dan Arab Saudi akan memberikan manfaat kepada umat Islam,” kata Mohd Naim menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Khairul Firdaus Akhbar Khan dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji Tan Sri Rashid Hussain.

Mohd Na’im berkata lawatan kerja rasmi Dr Tawfiq menyerlahkan keyakinan Kerajaan Arab Saudi kepada keupayaan Malaysia sebagai contoh program Makkah Route pada Musim Haji yang lalu.

Dr Tawfiq dalam rangka lawatan ke Malaysia selama tiga hari (26-28 Ogos) untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara kerajaan Arab Saudi dan Malaysia.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar