Fuziah Salleh Dilantik Pengerusi PH Baharu Kuat Kuasa 26 Ogos

  • News
  • August 28, 2024

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh dilantik pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang baharu berkuat kuasa 26 Ogos.

Fuziah yang juga ketua PKR Pahang, berkata lantikan itu diputuskan pada Mesyuarat PH negeri, Isnin lalu bagi menggantikan Amirudin Saari.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada menteri besar Selangor itu atas komitmen dan usaha membentuk kerajaan perpaduan bersama Barisan Nasional (BN).

“Mesyuarat juga bersepakat untuk mendukung persefahaman bersama yang telah ditandatangani dan akan terus memperkukuh kerajaan perpaduan Pahang selaras dengan dasar perpaduan dan muafakat dalam perkongsian kuasa bersama.

“Sesungguhnya, pembentukan kerajaan Pahang hari ini ialah hasil sumbangan kerusi yang dimenangi PH dalam PRU15 lepas,: katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mesyuarat juga berpandangan PH perlu diberikan peranan dan pengiktirafan sewajarnya selari dengan perjanjian persefahaman penubuhan kerajaan perpaduan Pahang.

Fuziah berkata, mesyuarat turut mencapai kata putus supaya lebih ramai pendukung PH dilibatkan ke dalam struktur akar umbi kerajaan perpaduan Pahang untuk membentuk keutuhan kerjasama terutama sebagai persiapan menghadapi PRU16.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar