Binastra Peroleh Kontrak Bernilai RM283.33 Juta Bina Pangsapuri 31 Tingkat di Taman Desa, Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Binastra Corporation Bhd, Binastra Builders Sdn Bhd, menerima surat anugerah daripada Kaisar Maxim Sdn Bhd untuk kontrak kerja bangunan utama bernilai RM283.33 juta.

Kumpulan itu berkata, kontrak membabitkan cadangan pembangunan tiga blok pangsapuri (624 unit) dengan 31 tingkat, termasuk empat tingkat podium dan lima tingkat bawah tanah untuk tempat letak kereta, bersama satu unit Tenaga Nasional Bhd (TNB) di Taman Desa, Kuala Lumpur.

Ia berkata, cadangan pembangunan itu akan bermula pada 17 September 2024 dan akan siap dalam tempoh 32 bulan dari tarikh permulaan.

“Kontrak itu dijangka menyediakan aliran pendapatan tambahan kepada kumpulan dalam tempoh empat tahun kewangan akan datang. Ia tidak akan memberi kesan ke atas modal saham terbitan Binastra tetapi ia dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih sesaham kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari 2025 hingga 2028,” katanya dalam satu makluman di Bursa Malaysia.

Dalam satu kenyataan berasingan, Pengarah Urusan Binastra, Datuk Jackson Tan Kak Seng, berkata dengan pencapaian kontrak itu, kumpulan berada di landasan yang betul untuk mencapai sasaran setahun penuhnya sebanyak RM3 bilion.

“Kami tetap berdedikasi untuk memanfaatkan kepakaran dalam industri pembinaan demi memenuhi peluang baharu, terutamanya dalam pusat data serta kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC).

“Kami berharap dapat menyampaikan lebih banyak kemas kini menarik kepada pemegang saham untuk baki bulan tahun kewangan 2025,” katanya.

Sehingga kini, nilai buku pesanan tertunggak Binastra berjumlah RM2.8 bilion, yang dijangka memberikan keterlihatan kewangan dalam tempoh empat tahun akan datang. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar