Saham YTL, YTL Power Jatuh Susulan Siasatan SPRM

KUALA LUMPUR: Saham YTL Corporation Bhd dan YTL Power International Bhd jatuh hari ini selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta maklumat daripada anak syarikat YTL Power, YTL Communications Sdn Bhd (YTL Comms) berhubung Projek 1Bestarinet.

YTL Power mengesahkan perkara itu semalam, sambil menambah YTL Comms memberikan kerjasama penuh kepada SPRM, dan menyatakan kepercayaan bahawa perkara itu akan diselesaikan dengan memuaskan.

Pada 12.30 tengah hari tadi, saham YTL jatuh 23 sen kepada RM2.77 manakala YTL Power susut 18 sen kepada RM3.71.

Dalam satu laporan, sumber dipetik sebagai berkata ‘penyiasatan tertumpu kepada ‘tuntutan membabitkan butiran palsu berkaitan pembayaran RM2.7 bilion’.

Menurut YTL Power, Projek 1Bestarinet telah dianugerahkan kepada YTL Comms pada 2011 oleh Kementerian Pendidikan (KPM) di bawah tender terbuka membabitkan 19 syarikat yang membuat tawaran untuk projek itu.

YTL Comms dipilih sebagai bidaan yang paling mematuhi teknikal dan paling kos efektif.

Projek terbabit telah disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebagai siap pada akhir tempoh kontrak pada 30 Jun 2019.

SPRM memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet KPM bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Communications Sdn Bhd (YTL) pada 2011.

Menurut sumber, SPRM membuat penggeledahan ke atas pejabat kerajaan dan pejabat YTL Communications Sdn Bhd yang terletak di Kuala Lumpur, semalam.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

KPM pada 2019 disaran menjalankan penilaian holistik terhadap keberkesanan projek perkhidmatan 1BestariNet Fasa II berikutan pelaksanaannya sebelum ini disifatkan tidak menyeluruh.

Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 1, secara keseluruhannya 1BestariNet menyediakan kemudahan jalur lebar dan persekitaran Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) melalui Pelantar Persekitaran Pembelajaran Maya (VLE) kepada semua sekolah seliaan KPM.

Audit dijalankan pada Oktober 2018 hingga Mac 2019 itu menyatakan, sejumlah 3,698 daripada 10,185 sekolah tidak pernah mencapai KPI penggunaan Frog VLE pada 2018, manakala hanya 0.8% daripada 423,566 guru sudah membangunkan laman pembelajaran dan diterbitkan dalam Frog Store pada 2018.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar