Tupperware Dijangka Fail Bankrap Minggu Ini

BENGALURU: Tupperware Brands sedang bersiap sedia untuk memfailkan kebankrapan seawal minggu ini, menurut laporan Bloomberg News pada Isnin yang memetik sumber dengan pengetahuan mengenai rancangan berkenaan.

Saham syarikat itu jatuh sebanyak 15.8% kepada 43 sen selepas waktu dagangan, selepas ditutup dengan penurunan 57%.

Diasaskan pada tahun 1946 oleh ahli kimia, Earl Tupper, populariti syarikat itu melonjak pada tahun 1950-an apabila wanita pasca perang menganjurkan “pesta Tupperware” di rumah untuk menjual bekas penyimpanan makanan, sebagai langkah untuk meraih pemberdayaan dan kebebasan.

Pandemik COVID-19 turut memberikan lonjakan jualan apabila lebih banyak keluarga kekal di rumah, memasak lebih banyak, dan menghasilkan lebihan makanan. Namun, jualan merosot dalam beberapa suku tahun kebelakangan ini apabila dunia kembali pulih dan dibuka.

Menurut Bloomberg, Tupperware kini merancang untuk memohon perlindungan mahkamah selepas melanggar syarat hutangnya dan telah melantik penasihat kewangan serta perundangan.

Persiapan kebankrapan ini adalah susulan rundingan panjang antara Tupperware dan pemberi pinjamannya, yang berkaitan dengan cara mengurus hutang lebih daripada AS$700 juta.

Pada Mac lalu, Tupperware memberi amaran bahawa perniagaan mereka mungkin tidak mampu bertahan sebagai entiti yang berterusan akibat masalah kecairan tunai. Syarikat itu belum memberi sebarang maklum balas terhadap permintaan komen dari Reuters. – REUTERS

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar