Untung bersih SSF Home susut lebih separuh kepada RM1.3 juta pada suku pertama 2025

KUALA LUMPUR: Untung bersih SSF Home Group Bhd pada suku pertama berakhir 31 Julai 2024 (1QFY25) menyusut lebih separuh kepada RM1.3 juta berbanding RM2.7 juta yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu disebabkan permintaan yang lebih lemah.

Hasil kumpulan itu juga menyusut kepada RM32 juta berbanding RM39.3 juta pada 1QFY24 disebabkan persekitaran pasaran yang mencabar.

Walaupun mencatatkan hasil yang lebih lemah pada suku ini, kumpulan itu kekal fokus bagi mengekalkan margin kasar dan melaksanakan inisiatif strategik yang bertujuan memacu pertumbuhan jangka panjang.

Selain itu, SSF juga berjaya membuka cawangan baharunya di Danga Utama, Johor Bahru pada Ogos 2024.

“Penambahan ini menjadikan jumlah cawangan kumpulan kepada 43 di seluruh negara. Disokong oleh landskap runcit yang bertambah baik, kuasa beli pengguna yang semakin meningkat, dan arah aliran pasaran yang menggalakkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif SSF Home, Lok Kok Khong berkata, pihaknya sedang berdepan situasi permintaan lebih lemah daripada pengguna dan pada masa sama sedang membina strategi pertumbuhan kumpulan.

Katanya, hasil kumpulan sebanyak RM32 juta pada 1QFY25 mencerminkan keupayaan mereka menyesuaikan diri dengan keadaan pasaran yang berubah-ubah dan pengembangan kehadiran runcir mereka.

“Kami yakin dengan keupayaan kami untuk memanfaatkan kuasa perbelanjaan pengguna yang semakin meningkat, disokong oleh fleksibiliti pengeluaran Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan prospek positif bagi perdagangan runcit Malaysia.

“Tumpuan kami kekal bagi melaksanakan pelan strategik termasuk pembukaan lebih banyak cawangan dan meningkatkan kecekapan operasi.

“Persekitaran runcit yang lebih baik dan permintaan pengguna yang berdaya tahan akan menjadi pemacu utama untuk pertumbuhan berterusan kami,” katanya.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar