Saham Affin Bank meningkat berikutan berita pengambialihan oleh Sarawak

KUALA LUMPUR: Harga saham Affin Bank Bhd melonjak dalam dagangan awal hari ini, susulan laporan Bank Negara Malaysia (BNM) telah memberi kelulusan kepada kerajaan Sarawak untuk memperoleh pegangan majoriti dalam kumpulan perbankan itu.

Pada jam 11.12 pagi, saham Affin Bank meningkat sebanyak 11 sen atau 3.83 peratus, menjadikan harga sahamnya pada RM2.98 sesaham dan memberi nilai pasaran sebanyak RM7.15 bilion. Kira-kira 4.66 juta saham didagangkan.

Laporan daripada New Straits Times dan Borneo Post menyatakan bahawa pengumuman rasmi mengenai pengambilalihan itu dijangka dibuat dalam tempoh seminggu.

Pada Julai lalu, Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, juga dilaporkan bahawa Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian untuk meningkatkan pegangan sahamnya dalam Affin Bank kepada sekitar 30 peratus dalam tempoh sebulan, berbanding 4.8 peratus ketika ini.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar