Saham Affin Bank terus melonjak, Sarawak dijangka muktamad ambil alih Jumaat ini

KUALA LUMPUR: Saham Affin Bank Bhd melonjak pagi ini, meningkat sebanyak dua peratus menjelang jangkaan kerajaan Sarawak memuktamadkan pemerolehan kepentingan majoriti dalam bank itu Jumaat ini.

Setakat 11.55 pagi, saham itu meningkat enam sen untuk mencecah RM3.06, dengan 2.78 juta saham diniagakan.

Harga saham Affin Bank telah meningkat secara mendadak daripada penutupan Jumaat lalu sebanyak RM2.87, berikutan pengumuman Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bahawa pengambilalihan Affin Bank oleh negeri akan selesai dalam tempoh seminggu.

Abang Johari pada Sabtu lalu menyatakan bahawa semua perkara berkaitan pengambilalihan dan keperluan yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) telah diselesaikan.

Sarawak kini memegang 4.79% kepentingan dalam Affin Bank dan menyasarkan untuk meningkatkan pegangan sahamnya kepada sekitar 30%, mengukuhkan dirinya sebagai pemegang saham utama.

Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) kini merupakan pemegang saham terbesar Affin Bank, memegang 28.79 peratus kepentingan, diikuti Bank of East Asia Ltd dengan 23.93%, dan unit milik penuh LTAT, Boustead Holdings Bhd dengan 20.02%. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar