Gamuda, 99 Speed Mart berpotensi muncul 30 syarikat terbesar Bursa Malaysia, Genting Malaysia mungkin digugurkan

KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd dan 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd berpotensi tersenarai sebagai komponen baharu dalam indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), yang terdiri daripada 30 syarikat terbesar disenaraikan di Pasaran Utama berdasarkan kedudukan modal pasaran terkini mereka.

Menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB), Gamuda kini berada di tangga ke-23 di Bursa Malaysia setakat penutupan pasaran pada 4 Oktober lalu.

Katanya, sekiranya kedudukan berkenaan kekal pada atau melebihi tangga ke-25 pada semakan konstituen akan datang, Gamuda dijangka tersenarai.

“Sementara itu, 99 Speed Mart yang kini berada di kedudukan ke-27 juga berpeluang tersenarai jika berjaya meningkatkan kedudukan modal pasarannya,” katanya dalam satu nota penyelidikan semalam.

Maybank IB berkata, jika Gamuda tersenarai, Genting Malaysia Bhd yang kini berada di tangga ke-36 mungkin akan digugurkan.

“Penilaian juga menunjukkan bahawa kedua-dua Gamuda dan 99 Speed Mart telah melepasi ujian kecairan, syarat penting untuk layak sebagai komponen FBM KLCI.

“Walaupun Gamuda dan Genting Malaysia kekal sebagai pilihan ‘beli’ dalam kajian Maybank IB, 99 Speed Mart masih belum dinilai,” katanya.

Menurut peraturan siri indeks FTSE Bursa Malaysia yang dikemas kini pada Mac 2024, semakan konstituen FBM KLCI akan dilakukan menggunakan harga saham pada penutupan 25 November 2024.

Sekiranya terdapat perubahan, ia dijangka berkuat kuasa selepas pasaran ditutup pada Jumaat ketiga bulan Disember, iaitu 20 Disember 2024, dan akan berkuat kuasa pada Isnin berikutnya, 23 Disember 2024.

Maybank IB berkata, berdasarkan harga saham sehingga penutupan pada 4 Oktober, Gamuda kini berada di kedudukan ke-23 bagi modal pasaran penuh.

Katanya, jika Gamuda mengekalkan atau meningkatkan kedudukannya di atas tangga ke-25 pada 25 November nanti, ia akan layak sebagai komponen FBM KLCI.

Maybank IB berkata sekiranya Gamuda tersenarai sebagai komponen, ia dianggarkan berat indeks KLCI untuk Gamuda akan menjadi sekitar 3.32% berbanding Genting Malaysia yang kini pada kadar 1.14%.

“Ini disebabkan oleh modal pasaran Gamuda yang lebih besar (1.67 kali ganda daripada Genting Malaysia) dan jumlah saham apungan yang lebih besar.

“Pembererat indeks Gamuda di KLCI dianggarkan berada pada tangga keenam, satu tangga di bawah IHH (3.62%) dan satu tangga di atas Telekom Malaysia (3.26%),” katanya.

Jika Gamuda berjaya tersenarai, sektor pembinaan akan kembali diwakili dalam indeks penanda aras itu.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar