Pharmaniaga lantik Ernst & Young sebagai juruaudit luar baharu

KUALA LUMPUR: Pharmaniaga Bhd (Pharmaniaga) melantik Ernst & Young (EY) sebagai juruaudit luar baharunya, berkuat kuasa 9 Oktober 2024.

Syarikat Nota Amalan 17 (PN17) itu berkata, EY menggantikan PricewaterhouseCoopers (PwC), yang meletak jawatan susulan notis bertulis rasmi yang diserahkan kepada kumpulan itu pada 20 September 2024.

Pengarah Urusan Pharmaniaga, Zulkifli Jafar, berkata pelantikan itu sejajar dengan inisiatif seluruh kumpulan Boustead Holdings Bhd untuk menyatukan fungsi audit luaran oleh juruaudit.

“Memandangkan EY sudah biasa dengan operasi dan perniagaan kami, mereka adalah pilihan yang wajar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zulkifli berkata, ketika Pharmaniaga meneruskan inisiatif strategik dan rancangan perniagaannya, pelantikan EY akan memastikan penjajaran yang lancar merentas semua anak syarikat dalam kumpulan Boustead.

Pharmaniaga adalah salah satu kumpulan farmaseutikal bersepadu terbesar di Malaysia.

Laporan tahunannya bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 menunjukkan Boustead memegang 679.15 juta saham atau 47.12% kepentingan dalam syarikat tersebut. -BERNAMA

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar