Belanjawan 2025: Kerajaan naikkan nilai ambang levi keuntungan luar biasa sawit

  • News
  • October 18, 2024

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menaikkan nilai ambang levi keuntungan luar biasa ke atas sawit bagi Semenanjung kepada RM3,150, kata Perdana Menteri.

Manakala bagi Sabah dan Sarawak pula kepada RM3,650 bagi memperkukuh sektor sawit negara.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata bagi struktur julat harga pasaran dan kadar duti eksport minyak sawit mentah akan disemak semula bermula 1 November 2024.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, layanan semasa bagi eksport minyak sawit mentah dari Sabah dan Sarawak juga akan dikekalkan.

“Insentif galakan kepada pekebun kecil menanam semula sawit juga diteruskan bagi menggantikan sawit tua yang tidak lagi produktif dengan peruntukan RM100 juta,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat, hari ini.

Sementara itu kerajaan akan melaksanakan program galakan pengeluaran lateks pekebun kecil di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) secara geran padanan sebanyak RM60 juta.

Perdana Menteri berkata, ia adalah sebagai galakan pekebun kecil getah menghasil getah lateks bagi memenuhi keperluan industri.

Beliau berkata, ladang getah milik persendirian yang terbiar pula akan diusahakan semula dengan peruntukan RM20 juta.

“Ikhtiar ini dilaksanakan melalui pendekatan pajakan tanah, iaitu tanah terbiar akan dipajak untuk diusahakan semula dan keuntungan dibahagikan mengikut persetujuan antara pekebun kecil, agensi pelaksana serta pemilik tanah,” katanya.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar