Starbuck Malaysia nafi tutup 100 cawangan

KUALA LUMPUR: Starbucks Malaysia hari ini menafikan dakwaan bahawa ia telah menutup lebih 100 cawangan di negara ini, sebaliknya menjelaskan hanya melibatkan beberapa kedai sahaja, dan buat sementara waktu sahaja.

“Dakwaan bahawa lebih 100 kedai Starbucks di Malaysia telah ditutup adalah palsu. Walaupun kami telah menghentikan operasi di beberapa kedai sahaja, kebanyakan lokasi yang dikatakan ditutup, hanya buat sementara waktu,” kata wakil Starbucks Malaysia kepada New Straits Times (NST).

Beliau berkata, penutupan sementara itu adalah sebahagian daripada penilaian berterusan, membolehkan syarikat itu menyelaraskan kedudukan secara lebih strategik, tanpa kehilangan pekerjaan.

“Yang penting, tiada pekerja terjejas akibat penutupan tetap atau sementara, kerana mereka telah ditugaskan semula ke kedai berhampiran untuk terus melayani pelanggan kami dengan lancar,” kata wakil itu.

Starbucks Malaysia berkata, mereka melihat peningkatan positif dalam jualan kerana pelanggan mula menyedari bahawa dakwaan terhadap jenama itu adalah tidak benar dan bahawa Starbucks tidak pernah berada dalam senarai Boikot, Lupus dan Sekat (BDS).

Pada Ogos lalu, pengendali Starbucks Malaysia, Berjaya Food Bhd (BFood) melaporkan kerugian bersih RM91.5 juta bagi tahun fiskal berakhir 30 Jun 2024 berbanding keuntungan bersih RM103.4 juta pada tahun sebelumnya, disebabkan boikot pengguna dan kerugian sekali daripada pelupusan Jollibean Foods Pte Ltd.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar