Maxis mahu MCMC beritahu mengapa U Mobile dipilih pengendali rangkaian 5G kedua

KUALA LUMPUR: Pengendali mudah alih, Maxis Bhd berhasrat mengadakan libat urus bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi memahami rasional keputusan berkaitan pengendali rangkaian 5G kedua negara yang diumumkan baru-baru ini.

Ia selepas MCMC mengumumkan keputusan pemilihan U Mobile Sdn Bhd bagi melaksanakan rangkaian 5G kedua negara dan bukannya Maxis dan CelcomDigi Bhd.

“Kami akan melakukan libat urus dengan MCMC bagi memahami rasional keputusan itu dan mempertimbang pilihan-pilihan kami selepas perbincangan dengan semua pemegang taruh,” katanya dalam satu kenyataan.

Syarikat telekomunikasi itu berkata ia mengambil maklum mengenai keputusan berkaitan usaha membina dan mengendalikan rangkaian yang juga komponen kritikal dalam infrastruktur komunikasi serta pelan pembangunan Malaysia.

MCMC baru-baru ini mengumumkan keputusan pemilihan U Mobile Sdn Bhd bagi melaksanakan rangkaian 5G kedua di negara ini selepas melakukan penilaian teknikal dan komersial yang terperinci.

Menurut SKMM, syarikat itu di mana ahli perniagaan Vincent Tan sebagai pengerusinya, juga dibenarkan untuk bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi lain untuk melaksanakan rangkaian 5G kedua itu.

Antara pemegang saham utama U Mobile termasuk pengasas Berjaya Group Vincent Tan; ST Telemedia dari Singapura, dan badan pelaburan kerajaan Singapura, Temasek Holdings.

Mengulas selanjutnya, Maxis berkata sebagai sebuah syarikat serta diterajui anak tempatan dan dimiliki rakyat Malaysia dengan kepentingan sebanyak 77%, ia sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat dan negara ini.

“Kami komited sepenuhnya terhadap pembangunan jangka panjang Malaysia dan memastikan seluruh negara berkongsi manfaat 5G dan ekonomi digital,” katanya.

Menurutnya, sebagai penyokong kuat bagi model dwirangkaian 5G, Maxis telah mengemukakan cadangan teknikal dan komersial yang komprehensif sebagai tindak balas kepada pelawaan MCMC untuk tender rangkaian 5G kedua.

“Menerusi infrastruktur rangkaian kukuh dan kepakaran Maxis, cadangan pelaksanaan rangkaian 5G kami dijangka mengambil masa dan sumber yang jauh lebih sedikit untuk meliputi peratusan liputan kawasan berpenduduk yang menyamai rangkaian 5G pertama. Liputan 5G dalam bangunan turut disediakan di kawasan berkenaan,” katanya.

Maxis turut memberi jaminan kepada pelanggan bahawa mereka akan terus menikmati perkhidmatan 5G melalui perjanjian akses sedia ada syarikat itu dengan Digital Nasional Bhd walaupun pihaknya terus meneroka pilihan 5G dan libat urus dengan semua pihak berkepentingan.

“Kami kekal teguh dalam komitmen menyediakan nilai dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan rakyat Malaysia,” katanya.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar