MMAG menerima kelulusan tubuh perniagaan penyewaan pesawat di Labuan

KUALA LUMPUR: Anak syarikat MMAG Holdings Bhd, MMAG Aviation Consortium Sdn Bhd (MAC) menerima kelulusan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) menubuhkan anak syarikat milik penuh untuk menjalankan perniagaan pajakan di Labuan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MMAG berkata kelulusan itu akan membolehkan unit baharu, MMAG Skyfleet Ltd, terbabit dalam perniagaan pajakan pesawat daripada pemberi pajak dan menguruskan pemajakan aset ini dalam cabang penerbangan kumpulan itu.

“Langkah strategik ini dijangka meningkatkan kecekapan operasi dan mengoptimumkan pengurusan aset merentas portfolio penerbangan kumpulan,” kata kumpulan perkhidmatan pengangkutan udara dan teknologi maklumat itu.

Sebelum beroperasi di Labuan, kumpulan itu akan menyerahkan dokumen berkaitan penubuhan MMAG Skyfleet serta mematuhi syarat yang berkaitan, katanya.

“Dengan memperkemas proses pemajakan dan menambah baik pengurusan barisan pesawat, lembaga menjangkakan perniagaan MMAG Skyfleet akan dan seterusnya menyumbang secara positif kepada pendapatan masa depan keseluruhan kumpulan dan meningkatkan kedudukan kewangan kumpulan,” katanya.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar