Datasonic cadang pinda perlembagaan syarikat bagi memudahkan kelulusan resolusi

KUALA LUMPUR: Datasonic Group Bhd bercadang untuk meminda perlembagaan syarikat bagi memudahkan kelulusan resolusi bertulis pengarah.

Dalam pekeliling kepada pemegang saham yang difailkan di Bursa Malaysia, Datasonic mencadangkan untuk meminda Klausa 225 bagi membenarkan penerimaan pakai resolusi bertulis pengarah dengan kelulusan majoriti.

Peruntukan semasa memerlukan semua pengarah yang berhak mengundi pada mesyuarat lembaga untuk menandatangani resolusi.

Kumpulan itu berkata, tujuan pindaan yang dicadangkan itu adalah untuk meningkatkan kecekapan pentadbiran dan memberikan kejelasan yang lebih kepada perlembagaan syarikat.

Pindaan yang dicadangkan ini perlu diundi pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) Datasonic yang akan diadakan pada 13 Disember 2024, di samping terbitan bonus yang dirancang dan peruntukan skim opsyen saham pekerja (ESOS) kepada tiga pengarah eksekutif dan bukan eksekutif.

Mereka yang akan dianugerahkan di bawah ESOS ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Abu Hanifah Noordin; Pengarah Eksekutif, Erna Ismail dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Tunku Datuk Nooruddin Tunku Datuk Seri Shahabuddin.

Datasonic mempunyai 10 ahli lembaga, diketuai Pengerusi Eksekutif, Tengku Datuk Seri Abu Bakar Ahmad Abdullah, dengan empat pengarah eksekutif.

Enam pengarah bukan eksekutif itu ialah Azrul Yahaya, Datuk Ibrahim Abdullah, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, Ahmad Ridwan Abdullah, Michelle Yong Voon Sze dan Tunku Datuk Nooruddin Shahabuddin.

Azrul kini merupakan Ketua Operasi Urusharta Jamaah Sdn Bhd, yang memiliki 8.84% saham Datasonic setakat 4 Jun 2024.

Pemegang saham terbesar Datasonic ialah Datuk Safian Mohd Yunus dengan 14.72% jumlah pegangan saham melalui Halmark Epitome Sdn Bhd, Kuantum Juang Sdn Bhd dan Demi Mekar Sdn Bhd.

Datasonic sedang dalam pengambilalihan 51% kepentingan ekuiti dalam Innov8tif Holdings Sdn Bhd daripada Revenue Group Bhd dengan jumlah pertimbangan tunai RM40 juta. – DagangNews

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar