Bank-bank Malaysia dijangka catat untung lebih besar tahun depan

KUALA LUMPUR: Sektor perbankan Malaysia dijangka terus mencatat keuntungan lebih besar pada 2025, didorong oleh pertumbuhan pinjaman yang kukuh, persekitaran kadar faedah yang stabil selain pendapatan bukan faedah, kata ahli ekonomi.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata jumlah pinjaman diunjur berkembang dalam julat 5.5 peratus pada tahun depan, disokong terutamanya oleh segmen isi rumah dan bukan isi rumah.

“Penggajian penuh dijangka berterusan sehingga 2025 yang menunjukkan kapasiti pembayaran semula hutang isi rumah akan kekal terurus.

“Selain itu, pengembangan dasar fiskal, peningkatan perbelanjaan pembangunan kerajaan serta sektor luaran yang lebih baik pula dapat diterjemah kepada permintaan seterusnya bagi tujuan pembiayaan perniagaan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam juga menekankan faktor jangkaan pihak Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah akan turut mempengaruhi trend pulangan bon.

Ini juga seiring dengan jangkaan bahawa hasil bon Perbendaharaan AS rendah tahun depan.

“Memandangkan hasil bon tempatan sangat dipengaruhi oleh bon Perbendaharaan AS, kita boleh menjangkakan bank akan merekodkan keuntungan ‘mark-to-market’ dalam aset pendapatan tetap mereka memandangkan hasil bon yang lebih rendah bermakna harga bon yang lebih tinggi.

“Ini akan membantu meningkatkan pendapatan bukan faedah bank,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, seiring kedudukan sebagai entiti dikawal selia dengan ketat, bank-bank juga dijangka terus mengutamakan kualiti aset.

Berikutan itu, beliau mengunjurkan tahap penajajaminan kredit dalam kalangan bank akan kekal tinggi.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata kebimbangan berkaitan perkembangan di peringkat luaran, terutama dasar-dasar bakal Presiden Donald Trump berkaitan perdagangan antarabangsa, akan turut dipantau dari segi potensi impak ke atas sektor perbankan.

Aspek lain seperti penyasaran subsidi bahan api RON95 pada pertengahan 2025 akan turut menjadi risiko utama, khususnya impak ke atas paras harga secara amnya serta kesan susulan terhadap aliran pembayaran semula hutang.

Mengulas Kadar Dasar Semalaman (OPR), kebanyakan ahli ekonomi menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkannya pada 3.0 peratus sepanjang 2025 ketika bank pusat itu terus melaksanakan penilaian berhati-hati terhadap inflasi.

Keadaan itu, kata Mohd Afzanizam, adalah positif terhadap bank-bank memandangkan impak ke atas margin faedah bersih (NIM) dijangka neutral sehingga positif.

“Bagaimanapun, persaingan sengit dalam pasaran deposit boleh memberi cabaran serius terhadap kos dana dan NIM.

“Kami juga menjangkakan persaingan daripada bank-bank digital akan lebih ketara ketika pelanggan sudah menjadi biasa dengan produk-produk yang ditawarkan,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar