99 Speed Mart, Gamuda ganti Genting, Genting Malaysia dalam konstituen FBM KLCI

KUALA LUMPUR: 99 Speed ​​Mart Retail Holdings dan Gamuda akan menggantikan Genting dan Genting Malaysia sebagai konstituen di FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).

Ini adalah sebahagian daripada beberapa perubahan konstituen kepada Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia berikutan semakan separa tahunan pada Disember 2024, kata FTSE Russell dan Bursa Malaysia Bhd dalam satu kenyataan bersama.

“Siri indeks ini disemak setiap setengah tahun mengikut peraturan asas indeks masing-masing,” katanya.

Sementara itu, sembilan perubahan konstituen dibuat pada FTSE Bursa Malaysia Mid 70 Index.

Sembilan konstituen itu terdiri daripada Carlsberg Brewery Malaysia, Genting, Genting Malaysia, Genting Plantations, Malakoff, Nationgate Holdings, Oriental Holdings, Tanco Holdings, dan ViTrox, manakala yang dikeluarkan melibatkan British American Tobacco (M), DRB-Hicom, Gamuda, Lotte Chemical Titan Holding , Mi Technovation, Padini Holdings, Sports Toto, Supermax dan Velesto Energy.

Bagi Indeks Syariah Hijrah FTSE Bursa Malaysia, satu perubahan konstituen dibuat, iaitu kemasukan IJM dan yang dikeluarkan ialah Malaysian Pacific Industries.

“Semua perubahan konstituen berkuat kuasa pada Isnin, 23 Disember 2024. Semakan seterusnya akan dilakukan pada Jun 2025,” kata kenyataan itu lagi.

FTSE Bursa Malaysia KLCI yang merupakan sebahagian daripada Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia, digunakan secara meluas oleh pelabur sebagai penanda aras utama untuk pasaran modal Malaysia, termasuk derivatif, melalui FTSE Bursa Malaysia KLCI Futures (FKLI) dan FTSE Bursa Malaysia KLCI Option (OKLI).

Indeks penanda aras itu juga diikuti oleh beberapa produk kewangan berkaitan indeks, seperti dana-dana dagangan bursa.

Sementara itu, senarai simpanan FTSE Bursa Malaysia KLCI, yang terdiri daripada lima bukan konstituen terbesar indeks mengikut permodalan pasaran ialah AMMB Holdings, Genting, Malaysia Airports, United Plantations dan Westports Holdings.

Senarai simpanan akan digunakan jika satu atau lebih konstituen dikeluarkan daripada FTSE Bursa Malaysia KLCI selaras dengan peraturan asas indeks dalam tempoh sehingga semakan separuh tahunan berikutnya.

Maklumat lanjut mengenai semakan Siri Indeks FTSE Bursa Malaysia, termasuk semua penambahan dan yang dikeluarkan serta peraturan asas, boleh didapati di https://www.ftserussell.com/products/indices/bursa-malaysia. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar