Detik Ria, syarikat pelaburan dikait Vincent Tan kurangkan pegangan dalam Berjaya Food

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat pelaburan yang dikaitkan dengan pengasas Berjaya Group Bhd, Tan Sri Vincent Tan melupuskan 4.85% daripada kepentingan ekuitinya dalam Berjaya Food Bhd hanya seminggu selepas muncul sebagai pemegang saham utama dalam pengendali Starbucks di Malaysia itu dengan 8.09% pegangan.

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, Detik Ria Sdn Bhd menjual 4.85% pegangan, terdiri daripada 86 juta saham, melalui urus niaga langsung pada Khamis. Ini mengurangkan pegangannya dalam Berjaya Food kepada 3.24%.

Pemegang saham utama Berjaya Food adalah Berjaya Corp Bhd, dengan pegangan langsung sebanyak 5.7% dan pegangan tidak langsung sebanyak 57.53% melalui Berjaya Group.

Harga saham Berjaya Food mencecah paras terendah 34.5 sen pada 18 November lalu dan telah merosot lebih 38% setakat tahun ini, berikutan boikot terhadap jenama seperti Starbucks yang dikaitkan dengan Israel.

Sehingga semalam, saham Berjaya Food hari ini susut satu sen atau 2.6 untuk ditutup pada 37.5 sen, memberikan syarikat itu permodalan pasaran sebanyak RM682.2 juta.

Syarikat tersebut telah mengalami kerugian selama empat suku kewangan berturut-turut.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar