SPRM sahkan siasatan 1Bestarinet selesai, tiada pertuduhan terhadap YTL Comms

KUALA LUMPUR: Tiada pertuduhan akan dikenakan ke atas YTL Communications Sdn Bhd (YTL) membabitkan tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pendidikan bernilai RM4.07 bilion.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, YTL Power International Berhad berkata pihaknya telah menerima pengesahan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa siasatan tersebut telah selesai dan memutuskan bahawa tiada pertuduhan akan dikenakan terhadap anak syarikatnya, YTL Comms.

“Tiada pendakwaan akan dikenakan terhadap YTL Comms,” katanya.

Pada 4 Sept, SPRM telah memulakan siasatan ke atas tuntutan bayaran bagi tender perkhidmatan 1BestariNet Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bernilai RM4 bilion yang dianugerahkan kepada YTL Comms iaitu anak syarikat YTL pada 2011.

Kes disiasat di bawah seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Projek 1Bestarinet telah dianugerahkan kepada syarikatnya pada tahun 2011 oleh KPM menurut kepada tender terbuka melibatkan 19 syarikat yang membuat tawaran untuk projek berkenaan.

YTL dipilih sebagai pembida yang paling mematuhi teknikal dan paling kos efektif. Projek berkenaan diperakui oleh KPM sebagai berjaya disiapkan pada akhir tempoh kontrak pada 30 Jun 2019.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar