Samaiden disenarai pendek bangun loji solar skala besar di Pasir Mas, Kelantan

KUALA LUMPUR: Samaiden Sdn Bhd (SSB), anak syarikat Samaiden Group Bhd (Samaiden) disenarai pendek oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk membangunkan Loji Solar Fotovoltaik Skala Besar (LSS) berkapasiti 99.99 Megawatt (MW) di Pasir Mas, Kelantan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Samaiden berkata SSB dianugerahkan kontrak Pakej 3 (kategori 30 MW hingga 500 MW) berdasarkan cadangan kompetitifnya dan pematuhan kepada keperluan permohonan untuk cadangan (RFP).

“Pencapaian ini menekankan komitmen berterusan Samaiden dalam memajukan sektor tenaga boleh diperbaharui (RE) di Malaysia dan menyokong matlamat peralihan tenaga negara,” katanya.

Samaiden menjelaskan, projek terbabit menggariskan kepakaran syarikat dalam menyediakan penyelesaian RE skala besar.

“Loji kuasa solar ini, dengan kapasiti eksport maksimum 99.99 MW, dijangka memberikan sumbangan yang besar kepada kapasiti tenaga boleh diperbaharui Malaysia.

“Projek ini disokong oleh Perjanjian Pembelian Tenaga Solar selama 21 tahun dengan Tenaga Nasional Bhd (TNB), memastikan aliran hasil yang stabil dan jangka panjang.

“Loji ini dijangka memulakan operasi komersial (COD) pada 11 Oktober 2027, apabila ia mula membekalkan elektrik kepada grid nasional,” katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Datuk Ir Chow Pui Hee, berkata Pembangunan Loji LSS 99.99 MW di Pasir Mas selaras dengan rancangan strategik kami untuk mengembangkan pemilikan aset kumpulan.

“Projek ini adalah bukti komitmen Samaiden untuk menyokong matlamat Malaysia mencapai campuran tenaga boleh diperbaharui sebanyak 70 peratus menjelang 2050, dan kami teruja untuk merealisasikan inisiatif ini sambil mengekalkan komitmen kami terhadap kelestarian alam sekitar,” katanya.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar