‘Rty Bank’ Bank Digital Pertama Di Malaysia Guna Kecerdasan AI Mula Beroperasi Secara Rasmi Disember Lalu

KUALA LUMPUR: Ryt Bank oleh YTL Digital Capital Sdn Bhd dan Konsortium Sea Ltd telah secara rasmi menerima kelulusan untuk mula beroperasi. 

YTL dalam satu kenyataan berkata, Kementerian Kewangan (MoF) telah meluluskan pemberian lesen perbankan digital kepada YTL Digital Bank Berhad, sejak 20 Disember 2024.

Kata kenyataan itu, Ryt Bank akan dilancarkan secara berperingkat kepada orang ramai bagi memastikan pelaksanaan yang lancar.

Ryt Bank iaitu bank pertama berkuasa AI

direka untuk mempermudah perkhidmatan perbankan, memberikan wawasan kewangan yang sesuai, dan menguruskan strategi simpanan efektif. 

Ia bagi memastikan keperluan unik setiap pelanggan dipenuhi dengan cepat, cekap, dan lancar. 

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Ryt Bank, Melvin Ooi berkata, Ryt Bank, yang disokong oleh kekuatan kukuh YTL Digital Capital Sdn Bhd dan Sea Limited, bersedia untuk mentakrifkan semula perbankan di Malaysia. 

“Dengan memanfaatkan kuasa kecerdasan buatan (AI) untuk memberikan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan, kami akan menyediakan perkhidmatan kewangan yang bermakna dan inklusif sambil membantu pelanggan mencapai matlamat kewangan mereka,” katanya.

Melvin Ooi berkata dengan menggunakan teknologi kecerdasan AI, beliau yakin pelanggan dapat menikmati pengalaman yang baik bermula daripada pendaftaran pantas dan lancar hingga ke transaksi harian.

“Ryt Bank berbangga menjadi bank yang dibina oleh rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Selain daripada inovasi AI, Ryt Bank meletakkan ciri-ciri keselamatan dan ketelusan sebagai teras utamanya.

Justeru, antara langkah keselamatan yang diperkenalkan adalah pengesahan biometrik, pemantauan penipuan masa nyata, dan perlindungan PIDM sehingga RM250,000 untuk setiap pendeposit. 

Perkhidmatan Ryt Bank juga tidak mengenakan yuran tersembunyi, yang mencerminkan komitmen bank terhadap kejujuran dan kebolehpercayaan.

Dengan mendemokrasikan perbankan dan menjadikannya lebih mudah diakses, Ryt Bank menyokong hasrat negara untuk memenuhi sepenuhnya keperluan perbankan penduduk, di mana kira-kira 15% daripadanya masih belum mendapat perkhidmatan perbankan yang mencukupi.

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya. Selain itu katanya,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar