Malaysia catat nilai dagangan tertinggi RM2.879 Trilion pada 2024

KUALA LUMPUR: Malaysia catat rekod tertinggi perdagangan RM2.879 meningkat kepada 9.2 pada 2024, melepasi paras RM2 trilion selama empat tahun berturut-turut.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata, eksport melebihi RM1 trilion selama empat tahun berturut-turut, meningkat 5.7% kepada RM1.508 trilion. Jumlah itu melepasi 87.2% daripada sasaran eksport yang ditetapkan untuk 2025 di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Sementara itu, katanya, import meningkat 13.2% tahun ke tahun kepada RM1.371 trilion, melepasi paras RM1 trilion untuk tahun ketiga berturut-turut.

Prestasi kukuh ini telah menghasilkan lebihan dagangan sebanyak RM136.88 bilion, yang ke-27 tahun berturut-turut sejak 1998.

MITI berkata, eksport ke rakan dagang utama iaitu ASEAN, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Taiwan meningkat, dengan eksport ke AS dan Taiwan mencapai nilai tertinggi setakat ini.

“Taiwan secara rasminya menjadi rakan dagang keempat terbesar Malaysia, mencerminkan pengukuhan dalam hubungan dua hala dan peluang perdagangan yang semakin berkembang,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, perjanjian perdagangan bebas (FTA) telah memainkan peranan yang penting dalam memberi akses yang lebih luas kepada perniagaan tempatan ke pasaran antarabangsa.

Eksport ke pasaran FTA berkembang pada 2024, pulih daripada penyusutan yang dicatatkan pada 2023.

Kanada adalah salah satu negara yang mencatatkan pertumbuhan eksport, didorong oleh kenaikan permintaan bagi barangan elektrik dan elektronik (E&E), manakala eksport ke Turkiye dan Mexico melonjak ke aras tertinggi yang baharu, masing-masing dipacu oleh peningkatan eksport barangan besi dan keluli serta kimia dan bahan kimia.

Strategi diversifikasi yang menyasarkan pasaran baharu juga memainkan peranan yang sama penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan eksport, terutamanya ke negara-negara seperti Bangladesh, Costa Rica, Mesir, Nigeria, Angola, Ethiopia, Algeria, Togo, Libya dan khususnya Kenya, Oman serta Namibia yang mencatatkan nilai tertinggi baharu.

Dari segi barangan pula, pertumbuhan eksport pada 2024 telah disokong oleh prestasi mampan barangan perkilangan dan keluaran pertanian.

Pertumbuhan itu dipacu oleh peningkatan eksport barangan E&E, jentera, kelengkapan dan peralatan, barangan makanan diproses serta barangan optik dan saintifik yang mencatatkan nilai tertinggi baharu.

Minyak sawit dan keluaran pertanian berasaskan minyak sawit, barangan perkilangan logam dan keluaran getah turut menyumbang kepada pertumbuhan itu.

Tambahan pula, eksport barangan E&E serta jentera, kelengkapan dan peralatan masing-masing telah mencatatkan peningkatan melebihi RM10 bilion.

Meskipun berhadapan dengan keadaan ekonomi global yang mencabar, MITI bersama agensi promosi perdagangan negara, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), terus komited untuk memperkukuhkan perdagangan antarabangsa sebagai asas untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Ia akan disokong melalui inisiatif strategik yang digariskan dalam RMK-12, Pelan Tindakan Perdagangan Nasional (NTBp) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).

Dengan memanfaatkan rangka kerja itu, MITI dan agensinya akan menyokong kerajaan untuk membantu negara mencapai pertumbuhan ekonomi yang berterusan serta berdaya tahan pada tahun-tahun akan datang.

Coelho

Related Posts

BNM Lantik Dato’ Zabariah Mohd Yusof sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah Baharu

KUALA LUMPUR, 30 Jan 2026 — Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Zabariah Mohd Yusof sebagai ahli baharu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (SAC) bagi tempoh dua tahun, berkuat…

ShopeePay Lancar Money+, Pelaburan Serendah RM10 Dengan Pulangan Harian

KUALA LUMPUR — ShopeePay terus memperkukuh ekosistem kewangan digitalnya menerusi pelancaran Money+, satu ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan modal serendah RM10 sambil menikmati potensi pulangan harian.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar