Ringgit meningkat menjelang pelantikan Trump sebagai Presiden AS

KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi pagi ini, didorong oleh sentimen berhati-hati menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden AS hari ini, kata penganalisis.

Pada 8 pagi, ringgit diniagakan pada 4.5020/5095 berbanding dolar AS, naik daripada 4.5040/5085 pada Jumaat lalu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit dijangka kekal dalam dagangan jajaran kecil hari ini, berkemungkinan pada sekitar RM4.5000.

“Peniaga semakin bimbang mengenai apa yang mungkin diumumkan oleh Presiden AS,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, perhatian akan tertumpu kepada perintah eksekutif Trump yang dijangka termasuk langkah pengusiran besar-besaran pendatang asing tanpa izin, penyahkawalseliaan industri dan tarif import.

Langkah tarif yang dijangkakan boleh meningkatkan inflasi, berpotensi mendorong pendirian menaikkan kadar faedah daripada Rizab Persekutuan, katanya.

Pada sesi pembukaan, ringgit turut mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding euro kepada 4.6290/6367 daripada 4.6382/6429 pada Jumaat lalu, naik berbanding pound kepada 5.4816/4908 daripada 5.4953/5008 dan tinggi berbanding yen Jepun kepada 2.8802/8852 daripada 2.8918/8949.

Mata wang tempatan turut meningkat berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding baht Thailand kepada 13.0504/0850 daripada 13.0664/0856, sedikit berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 274.8/275.4 daripada 274.9/275.3, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2926/2986 daripada 3.2948/2983 dan hampir mendatar berbanding peso Filipina kepada 7.68/7.70 daripada 7.68/7.69 pada Jumaat lalu. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar