MMAG beli pesawat Boeing B737-400SF kedua pada harga RM29.12 juta

KUALA LUMPUR: MMAG Holdings Bhd membeli pesawat Boeing B737-400SF kedua pada harga AS$6.55 juta (RM29.12 juta).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, MMAG Holdings memaklumkan anak syarikatnya, MJets Air Sdn Bhd, telah memeterai perjanjian jualan ansuran dengan JPA No. 161 Co Ltd (JPA), sebuah syarikat berpangkalan di Jepun, pada 24 Januari 2025.

Pesawat kargo yang telah diubah suai itu kini disewa dan kendalikan oleh MJets Air.

Perjanjian pembelian ini adalah lanjutan daripada strategi syarikat untuk mengurangkan pergantungan kepada penyewa pihak ketiga, selain merasionalisasikan operasi dalam rantaian bekalan dan meningkatkan keupayaan penghantaran udara.

“Pembelian pesawat ini akan dibiayai melalui gabungan dana yang dijana secara dalaman dan hasil daripada sekuriti boleh tukar.

“Perjanjian ini dijangka diselesaikan pada suku pertama 2027. MMAG optimis pemilikan pesawat ini akan mengukuhkan daya saing di pasaran, meningkatkan kecekapan operasi, dan menyumbang kepada nilai jangka panjang kumpulan,” katanya.

JPA adalah anak syarikat sepenuhnya milik JP Lease Products & Services Co Ltd (JLPS), salah satu pengatur sewa cukai bebas terbesar di pasaran Jepun.

Pada 24 Disember 2024, MJets Air telah membeli dan menerima penghantaran pesawat kargo Boeing B737-400SF pertama daripada JPA.

MMAG berkata, pembelian kedua ini menunjukkan komitmen MMAG Holdings terhadap pengembangan keupayaan logistik udaranya, selaras dengan matlamat untuk memperkukuhkan operasi dan mengoptimumkan penyelesaian penghantaran udara bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Langkah ini dijangka meningkatkan daya tahan syarikat dalam menghadapi persaingan serta menyumbang secara positif kepada pertumbuhan perniagaan logistik kumpulan.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar