Khalijah Ismail mahu saman Maybank atas penamatan jawatannya sebagai CFO

KUALA LUMPUR: Bekas ketua pegawai kewangan (CFO) Kumpulan Maybank, Khalijah Ismail akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Maybank kerana “keputusan bank menamatkan perjawatannya dan demi melindungi reputasi dirinya”.

Bank itu dalam makluman di Bursa Malaysia menyatakan pengunduran Khalijah adalah hasil siasatan dalaman tetapi tidak mendedahkan butiran siasatan dalaman yang disebutkan di atas, yang membawa kepada pengunduran Khalijah.

Bgaimanapun Khalijah yang telah berkhidmat di Maybank lebih 33 tahun, mendakwa bahawa ia adalah penamatan.

Khalijah dilantik sebagai CFO kumpulan Maybank pada Oktober 2021, selepas berkhidmat sebagai pemangku CFO kumpulan sejak Jun tahun yang sama.

“Saya sangat tidak bersetuju dengan keputusan bank itu. Tiada alasan khusus diberikan untuk penamatan saya, selain dakwaan bahawa bank telah hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap saya,” kata Khalijah.

“Saya menafikan sebarang salah laku,” katanya dalam kenyataan itu.

Sementara itu, Maybank berkata ia telah memulakan proses untuk mengenal pasti CFO kumpulan baharu.

“Lembaga lembaga akan membuat pengumuman yang diperlukan sebaik sahaja CFO kumpulan baharu dilantik.

“Sementara itu, Malique Firdauz Ahmad Sidique akan menyandang jawatan pemangku CFO kumpulan, berkuat kuasa 17 Feb 2025,” katanya.

Malique telah berkhidmat sebagai CFO Maybank Islamic sejak 1 Okt 2018. Pada Januari 2022, beliau juga memegang jawatan sebagai ketua pengawal kewangan kumpulan Maybank.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar