Heitech Padu komited laksana projek LEP RM1 bilion di Sungai Perak

KUALA LUMPUR: HeiTech Padu Berhad mengesahkan komitmennya untuk melaksanakan Program Lanjutan Hayat Hidro (LEP) Sungai Perak berjumlah RM902.96 juta.

Syarikat itu dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia berkata, syarikat itu sudah bersedia untuk menyumbang kepada tanggungjawab kontrak dengan berkesan, selain menyumbang kepada kemampanan tenaga Malaysia secara jangka panjang.

Keyakinan itu juga berdasarkan rekod prestasi yang terbukti dalam projek infrastruktur tenaga, perkongsian strategik dengan Voith Hydro GmbH & Co KG dari Austria dan perancangan kewangan yang mantap.

HeiTech Padu menerima surat penerimaan kontrak dari TNB Power Generation Sdn Bhd untuk projek LEP Sungai Perak pada bulan lalu .

Kontrak itu menetapkan bahawa pihak konsortium akan menjalankan pelbagai kerja-kerja awam meliputi usaha kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) serta yang berkaitan dengan elektrik untuk stesen janakuasa Temengor, Bersia dan Kenering yang keseluruhannya bernilai RM1.04 bilion.

Bahagian kontrak HeiTech Padu adalah berjumlah RM902.96 juta.

Kontrak ini dijangka bermula pada 31 Mac 2025 dan akan terus berkuat kuasa selama tempoh 100 bulan dari tarikh permulaan projek tersebut.

“Kontrak berkenaan dijangka menyumbang 25 peratus atau lebih daripada keuntungan bersih dan mengalihkan 25 peratus atau lebih daripada aset bersih syarikat ini untuk bergerak ke hadapan,” katanya.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar