Ekuinas melabur dalam Bluesify perkukuh keselamatan siber negara

KUALA LUMPUR: Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) melabur dalam syarikat penyedia perkhidmatan keselamatan siber tempatan, Bluesify Solutions Sdn Bhd (Bluesify), bagi memperkukuh ekosistem keselamatan siber negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Ekuinas, Datuk Syed Yasir Arafat Syed Abd Kadir berkata, pelaburan itu dibuat melalui dana Dana Asas I miliknya, namun beliau tidak mendedahkan butiran transaksi dan kewangan pelaburan.

“Pelaburan kami dalam Bluesify adalah langkah penting untuk mengukuhkan landskap keselamatan siber Malaysia dan memastikan perniagaan mendapat perlindungan yang diperlukan terhadap ancaman digital yang semakin meningkat,” katanya dalam satu kenyataan.

Bluesify ditunuhkan pada 2012 dan diasaskan oleh Izman Ibrahim dan Faroze Mohd Salleh.

Bluesify menawarkan rangkaian penyelesaian keselamatan siber lengkap, termasuk pusat pengesanan dan tindak balas siber terurus, risikan dan pemburuan ancaman, perkhidmatan tindak balas insiden serta perundingan keselamatan siber.

Bluesify kini mempunyai pelanggan dalam pelbagai sektor, termasuk kewangan, tenaga dan infrastruktur, penjagaan kesihatan, kerajaan serta badan berkanun.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar