Mohd Iskandar Dzulkarnain Pengarah Urusan baharu AmanahRaya REIT

KUALA LUMPUR: AmanahRaya Real Estate Investment Trust (REIT) mengumumkan perlantikan Mohd Iskandar Dzulkarnain Ramli sebagai Pengarah Urusan AmanahRaya Kenedix REIT Manager Sdn Bhd (AKRM) berkuat kuasa serta-merta.

AKRM berkata Mohd Iskandar akan mengambilalih sepenuhnya kepimpinan AmanahRaya REIT, sekali gus mengukuhkan komitmen syarikat pemegang amanah itu terhadap pertumbuhan strategik dan kecemerlangan operasi.

Mohd Iskandar mempunyai kepakaran luas dalam strategi korporat, pengurusan risiko, perancangan kewangan dan pengurusan pelaburan hartanah merentasi pelbagai sektor.

“Sebagai pemangku MD AKRM, beliau sudah menunjukkan kepimpinan yang teguh dan memiliki pemikiran yang strategik bagi membimbing syarikat amanah itu mencapai matlamat jangka panjangnya.

“Dengan tumpuan utama bagi meningkatkan kecekapan operasi dan nilai portfolio, beliau komited untuk meletakkan AmanahRaya REIT ke arah pertumbuhan yang mampan,” kata kumpulan itu.

Sementara itu, lembaga pengarah AKRM menyatakan keyakinan mereka terhadap kemampuan Mohd Iskandar untuk memimpin AmanahRaya REIT ke fasa pertumbuhan seterusnya.

Lembaga pengarah turut mengesahkan sokongan terhadap kepimpinan dan komitmen Mohd Iskandar bagi memacu perolehan strategik, inisiatif peningkatan portfolio dan strategi pelaburan tertumpu.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar