Sapura Energy belum dihubungi SPRM berhubung siasatan

KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd (SEB) memaklumkan pihaknya belum dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan terhadap penyalahgunaan dana melibatkan syarikat itu.

Kumpulan itu dalam pemakluman ringkas kepada Bursa Malaysia berkata, mereka komited untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dengan SPRM dan memberikan semua maklumat yang diperlukan.

“Sebagai entiti yang bertanggungjawab dan tersenarai secara terbuka, kami menjunjung standard tertinggi tadbir urus korporat, ketelusan dan integriti dalam semua operasi kami.

“Kami memahami kepentingan memastikan pihak berkepentingan sentiasa dimaklumkan dan berjanji untuk menyediakan kemas kini yang perlu apabila terdapat perkembangan penting dalam perkara ini,” katanya.

Bernama, memetik sumber Jumaat lalu, melaporkan SPRM telah membuka dua kertas siasatan terhadap Sapura Energy susulan siasatan awalnya lewat 2023.

Tumpuan siasatan tertumpu kepada pengubahan wang haram dan penyelewengan dari sekitar 2018, ketika syarikat itu dikenali sebagai Sapura Kencana Petroleum Bhd.

Siasatan juga meliputi rasuah, tadbir urus dan kelemahan pengurusan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan siasatan dijalankan di bawah Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar