Google Clouod lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara Malaysia

KUALA LUMPUR: Google Cloud lantik Hana Raja sebagai Pengurus Negara bagi perniagaan Google Cloud di Malaysia.

Pelantikan Hana Raja merupakan langkah strategik untuk mempercepatkan lagi pertumbuhan Google Cloud di Malaysia.

Google Cloud melihat Malaysia sebagai pasaran yang sangat penting dalam rangkaian operasi mereka di Asia Tenggara.

Hana memiliki pengalaman lebih 16 tahun dalam memberi nasihat strategik kepada organisasi besar dalam pelbagai industri.

Beliau dijangka akan memainkan peranan utama dalam membantu organisasi tempatan mentransformasi cara mereka beroperasi, serta merangka strategi untuk mendayakan AI dan cloud computing dalam memacu pertumbuhan yang mampan.

Goolge Cloud dalam kenyataan berkata, Hana akan bekerjasama dengan pelbagai pasukan di seluruh Google untuk membantu organisasi tempatan dalam menerapkan teknologi cloud yang canggih, dan AI dalam usaha mereka untuk melakukan transformasi digital.

Fokus utama adalah untuk membantu organisasi tempatan mentransformasi cara mereka bekerja, serta mempercepatkan penerapan teknologi cloud dan AI bagi meningkatkan produktiviti dan daya saing.

Selain itu, Google juga berharap dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian digital yang inovatif di sektor swasta dan awam.

Dalam peranan barunya, Hana Raja akan bekerja rapat dengan Serene Sia, Pengarah Negara Google Cloud untuk Malaysia dan Singapura, serta pasukan Google di seluruh dunia untuk menyelaraskan pelaksanaan strategi tempatan.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar