Jabatan kerajaan henti guna barangan import dalam acara rasmi – PM Anwar

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan.

Beliau berkata penggunaan bahan tempatan dalam acara kerajaan bukan sahaja menyokong ekonomi negara, tetapi turut memberi peluang lebih luas kepada petani tempatan untuk memasarkan hasil mereka.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Perhimpunan Kementerian Kewangan di Kementerian Kewangan hari ini.

“Jadi kalau seluruh jabatan kerajaan (laksana arahan ini), maknanya peluang petani untuk mengeluarkan bahan-bahan tempatan lebih banyak,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Anwar membandingkan amalan itu dengan negara jiran yang tegas dalam penggunaan bahan makanan tempatan dalam setiap majlis rasmi.

“Laos, Vietnam, Thailand, saya belum pernah makan dalam upacara rasmi jemputan kerajaan-kerajaan ini bahan makanan import. Tidak ada, secara automatik mereka pastikan makanan tempatan,” katanya.

Sehubungan itu Perdana Menteri menegur kecenderungan sesetengah pihak yang masih memilih makanan import walaupun arahan jelas telah dikeluarkan.

Beliau menyifatkan tindakan itu tidak selari dengan semangat memperkasakan ekonomi tempatan, dan menasihati semua pihak supaya lebih peka terhadap keperluan menyokong hasil dalam negeri.

Goncalves

Related Posts

BNM Lantik Dato’ Zabariah Mohd Yusof sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah Baharu

KUALA LUMPUR, 30 Jan 2026 — Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Zabariah Mohd Yusof sebagai ahli baharu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (SAC) bagi tempoh dua tahun, berkuat…

ShopeePay Lancar Money+, Pelaburan Serendah RM10 Dengan Pulangan Harian

KUALA LUMPUR — ShopeePay terus memperkukuh ekosistem kewangan digitalnya menerusi pelancaran Money+, satu ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan modal serendah RM10 sambil menikmati potensi pulangan harian.…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar