Vantris Energy kembali untung besar hasil penstrukturan kewangan

KUALA LUMPUR: Vantris Energy Bhd, sebelum ini dikenali sebagai Sapura Energy Bhd, mencatat keuntungan luar biasa pada suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Oktober 2025, didorong keuntungan perakaunan sekali sahaja susulan penstrukturan kewangan yang dimuktamadkan pada September lalu.

Syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu merekodkan Keuntungan Selepas Cukai dan Kepentingan Minoriti (PATAMI) sebanyak RM4.27 bilion bagi suku berkenaan, sekali gus menutup kerugian terkumpul RM710 juta yang dicatatkan pada separuh pertama tahun kewangan.

Secara kumulatif, Vantris Energy mencatat PATAMI RM3.56 bilion bagi tempoh sembilan bulan, berbanding kerugian RM220 juta dalam tempoh sama tahun sebelumnya.

Bagi suku dikaji, kumpulan turut merekodkan perolehan RM980 juta, dengan keuntungan tersebut sebahagian besarnya disumbang oleh pengiktirafan keuntungan bukan berulang sebanyak RM4.47 bilion hasil pelepasan hutang selepas penstrukturan kewangan berjaya dilaksanakan.

Langkah penstrukturan itu menyaksikan jumlah pinjaman kumpulan dikurangkan hampir separuh, daripada RM10.76 bilion kepada RM5.70 bilion, selain mengubah kedudukan kewangan syarikat daripada liabiliti bersih kepada aset bersih.

Namun, dari segi operasi, segmen Kejuruteraan dan Pembinaan (E&C) masih mencatat tekanan apabila merekodkan kerugian sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (LBITDA) sebanyak RM150 juta, terutamanya berpunca daripada isu berpanjangan melibatkan satu projek.

Vantris Energy berkata pihaknya kini menumpukan usaha memperkukuh kecekapan operasi serta mengamalkan pendekatan lebih berhati-hati dalam pemilihan kontrak, dengan fokus kepada projek berisiko lebih rendah dan margin yang lebih seimbang.

Segmen Operasi dan Penyelenggaraan (O&M) pula kekal stabil disokong aktiviti berterusan di bawah kontrak utama, selain usaha memperluas kehadiran serantau bagi mengukuhkan kedudukan pasaran.

Segmen Pengerudian menunjukkan prestasi memberangsangkan, didorong permintaan stabil terhadap pelantar serta kadar pajakan yang kekal kukuh, dengan segmen itu dijangka terus menyumbang secara konsisten kepada pendapatan kumpulan.

Sehingga 31 Oktober 2025, nilai kontrak dalam tangan Vantris Energy berjumlah RM6.30 bilion, selain RM3.90 bilion daripada usaha sama dan syarikat bersekutu. Antara kontrak utama ialah kontrak tujuh tahun yang diperoleh oleh usaha sama Rawabi Sapura Limited Company bagi perkhidmatan sokongan selaman kepada Aramco.

Ketua Pegawai Eksekutif Vantris Energy, Muhammad Zamri Jusoh, berkata pencapaian suku tersebut menandakan fasa baharu bagi syarikat selepas beban kewangan jangka panjang berjaya dikurangkan.

Beliau berkata keutamaan kumpulan kini adalah memastikan keuntungan mampan melalui disiplin pelaksanaan operasi dan pemerkasaan perniagaan teras.

Vantris Energy turut menyasarkan untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) dengan mencatat keuntungan bagi dua suku berturut-turut, selain mengekalkan momentum pemulihan dan keyakinan pelabur.

  • Sequeira

    Related Posts

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar