Velesto Energy Milik PNB Lepas Anak Syarikat Workover, Jual Velesto Workover RM16.5 Juta Tunai

KUALA LUMPUR, 29 Dis — Velesto Energy Bhd, syarikat perkhidmatan minyak dan gas yang dikuasai Permodalan Nasional Berhad (PNB), mengumumkan penjualan penuh anak syarikatnya, Velesto Workover Sdn Bhd (VWSB) pada harga RM16.5 juta secara tunai, dalam langkah yang dilihat sebagai penyusunan semula aset dan rasionalisasi perniagaan.

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, Velesto memaklumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, Velesto Malaysian Ventures Sdn Bhd, telah menandatangani Share Sale Agreement (SSA) dengan Enviros Survey & Consultancy Sdn Bhd bagi melupuskan keseluruhan pegangan ekuiti dalam VWSB.

Menurut kenyataan itu, pelupusan berkenaan dijangka menjana keuntungan kira-kira RM0.4 juta, berdasarkan nilai aset bersih VWSB setakat 30 September 2025.

Presiden Velesto, Megat Zariman Abdul Rahim, berkata pelupusan tersebut adalah sebahagian daripada strategi pengurusan portfolio kumpulan bagi menstruktur semula operasi dan mengoptimumkan penggunaan modal.

“Pelupusan ini sejajar dengan usaha berterusan kumpulan untuk menyelaraskan operasi, menyokong pulangan kepada pemegang saham serta mengoptimumkan peruntukan modal. Pada masa sama, kami mengambil pendekatan berperingkat untuk membangunkan bidang pelengkap selari dengan hala tuju jangka panjang kumpulan,” katanya.

Velesto Workover sebelum ini terlibat dalam penyediaan perkhidmatan kerja baik pulih telaga (workover services), iaitu segmen sokongan dalam rantaian perkhidmatan huluan minyak dan gas kumpulan.

Bagaimanapun, pelupusan ini mencerminkan langkah berterusan Velesto untuk mengecilkan operasi bukan teras, ketika syarikat terus berdepan tekanan prestasi serta keperluan menstruktur semula portfolio perniagaan bagi memastikan pulangan lebih stabil kepada pemegang saham utama, termasuk PNB.

Menurut kenyataan tersebut, urus niaga pelupusan dijangka dimuktamadkan pada separuh pertama tahun 2026, tertakluk kepada pematuhan syarat perjanjian dan kelulusan berkaitan.

Langkah ini turut dilihat sebagai sebahagian daripada fasa “pembersihan aset” oleh kumpulan berkaitan kerajaan (GLC) yang bergelut dengan kecekapan operasi, di tengah usaha lebih luas untuk menstruktur semula sektor perkhidmatan minyak dan gas tempatan yang masih terkesan pasca kelembapan industri.

  • Sequeira

    Related Posts

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar