Lebih 80% pengguna TikTok tingkat pendapatan di Asia Tenggara

JAKARTA: TikTok, rangkaian sosial paling pesat berkembang, mendedahkan lebih 80 peratus pengguna dan pencipta di rantau Asia Tenggara (SEA) telah meningkatkan pendapatan mereka melalui platform tersebut menerusi pelbagai video pendek sepanjang tahun lalu.

Laporan Kesan TikTok bertajuk ‘Mempercepatkan Peniagaan, Pendidikan dan Komuniti Asia Tenggara’, memaklumkan bahawa pengguna rangkaian tersebut telah memperkasakan pendapatan masing-masing menerusi pelbagai kaedah seperti TikTok Live atau berkerjasama dengan pelbagai jenama dan perkongsian.

“Perniagaan kecil dan sederhana berjaya meningkatan pendapatan jualan produk hampir 50 peratus selepas mengggunakan TikTok melalui promosi produk dan tawaran perkhidmatan masing-masing.

“Pada masa yang sama, empat daripada lima perniagaan (79 peratus pengguna SEA) beralih daripada pemasaran luar talian kepada pemasaran dalam talian menggunakan platform ini,” menurut laporan yang dilancarkan semasa Forum Impak TikTok di Asia Tenggara, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew, dalam ucapan perasmian forum itu, berkata bahawa platform itu telah diguna pakai oleh lebih 325 juta pengguna dari rantau Asia Tenggara setiap bulan dan 15 juta perniagaan menggunakan platform itu.

Katanya, disebabkan impak tersebut, pemilik Tiktopk, ByteDance, akan melabur hampir US$12.2 juta (RM56.4 juta) untuk menyokong dan membantu usahawan TikTok serta menubuhkan komuniti.

“Pelaburan itu akan menyokong lebih 120,000 unit perniagaan kecil dan sederhana dan usahawan untuk tiga tahun akan datang dalam mengalihkan perniagaan mereka dalam talian dan mengambil bahagian dalam ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata bahawa pelaburan itu juga bertujuan untuk membina dan menyokong komuniti, termasuk membangunkan Program Pembangunan Perusahaan Sosial Yayasan ASEAN.

TikTok, yang dilancarkan pada September 2016, menjadi nama popular semasa pandemik COVID-19.

Pada 2022, TikTok Shop berkembang ke enam negara Asia Tenggara iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Thailand.

Goncalves

Related Posts

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

KUALA LUMPUR: Kerugian terkumpul Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) mencecah RM13.20 bilion pada akhir 2025, dengan rosot nilai aset dan kos keuntungan sukuk menjadi penyumbang utama, menurut Kementerian Kewangan. Angka…

Projek Taman Solar Helios Kelantan bernilai RM2.8 bilion sasar beroperasi 2028

KUALA LUMPUR: Projek Taman Solar Helios di Gua Musang, Kelantan, yang dianggarkan bernilai RM2.8 bilion, disasarkan mula menjana tenaga hijau menjelang akhir 2028. Projek berskala besar berkapasiti 1,000 megawatt (MW)…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028