SPRM buru ‘ejen’ minta rasuah RM18,000 di KLIA

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang giat memburu individu yang dipercayai meminta ‘duit kopi’ RM18,000 berhubung kes kemasukan seorang pelancong China ke negara ini.

Menurut sumber, tiga keterangan saksi termasuk seorang menteri yang terlibat dalam kejadian tersebut dan dua orang saksi utama warga China telah diambil percakapan.

“Beberapa orang pegawai imigresen yang terlibat akan dipanggil untuk diambil keterangan berhubung perkara ini pada hari ini,” kata sumber seperti dipetik Sinar Harian.

SPRM percaya ejen tersebut adalah pihak luar yang bertindak sebagai orang tengah dan mengambil kesempatan terhadap pelancong yang berdepan risiko dihantar pulang.

“SPRM dapati tiada kesalahan prosedur di pihak imigresen (di KLIA).

“Perempuan warga China itu memang tiada dokumen yang cukup. Dia tiada jadual perjalanan di sini, dia tiket pulang dan tiada wang tunai dalam beg. Jadi memang ada asas untuk hantar pulang (ke negara asal).

“Cuma macam mana orang tengah itu dapat tahu pasal kes ini dan boleh hubungi perempuan itu? SPRM sedang siasat perkara ini,” katanya lagi, yang merupakan seorang pegawai tinggi.

SPRM memandang serius isu rasuah yang dikatakan berlaku dalam satu insiden melibatkan seorang warganegara China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sedang mencari lelaki itu yang didakwa cuba meminta bayaran daripada pelancong dan kenalannya di Malaysia.

Dia berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 16A Akta SPRM, namun enggan mengulasnya dengan lebih lanjut.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    • News
    • July 18, 2025
    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar