Operasi penguatkuasaan kenderaan berat dipertingkat – Allaudeen

  • News
  • September 21, 2023

KUALA LUMPUR: Polis akan mempertingkatkan operasi penguatkuasaan terhadap kenderaan berat dan perdagangan di sekitar ibu negara bermula hari ini, kata Datuk Allaudeen Abdul Majid.

Ketua Polis Kuala Lumpur berkata, pelaksanaan operasi itu susulan kemalangan membabitkan sebuah lori merempuh 14 kenderaan di Putrajaya semalam mengakibatkan dua penunggang motosikal meninggal dunia.

Katanya, operasi penguatkuasaan ke atas kenderaan berat itu akan lebih tertumpu di semua laluan keluar dan masuk ibu negara dan Putrajaya.

“Mulai hari ini kita tingkatkan operasi ke atas kenderaan berat dan komersial dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) khususnya, di samping operasi harian yang memang sudah dijalankan.

“Operasi ini akan dipertingkatkan di laluan-laluan masuk kerana kemalangan semalam contohnya berlaku di laluan masuk dari Puchong, Selangor,” katanya pada sidang media Op Hormat Undang-undang (HUU) Jalan Raya Polis Kuala Lumpur di Jalan Ampang, di sini, hari ini.

Hadir pada sidang media itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Habibi Majinji dan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya.

Dalam kejadian jam 10.14 pagi semalam, dua penunggang motosikal maut manakala tujuh cedera apabila sebuah treler merempuh 14 kenderaan, termasuk motosikal anggota trafik, di Kilometer 5.7 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong.

Sebelum kejadian, anggota trafik dikatakan memberhentikan kenderaan di lokasi yang mana ia merupakan sebahagian daripada latihan awal untuk persiapan perlumbaan basikal, Le Tour de Langkawi (LTdL).

Allaudeen yang menyifat kemalangan itu sebagai satu tragedi malang berkata, ketika itu aliran trafik tidak sibuk dan anggota bertugas memberhentikan aliran trafik mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Saya suka ingatkan kepada semua pemandu perlu bertanggungjawab di atas jalan raya dan sentiasa tumpulan perhatian.

“Ini kerana kalau ada sebahagian yang mengambil ringan (undang-undang) dengan bercakap di telefon semasa memandu dan sebagainya ia boleh mengakibatkan kemalangan.

“Malah penggunaan aplikasi navigasi pada telefon pintar boleh mengakibatkan kemalangan kerana dalam keadaan itu (melihat telefon) tindak balas kita menjadi lambat di atas jalan raya,” ujarnya.

Sementara itu, Allaudeen berkata, permohonan reman ke atas pemandu treler berusia 25 tahun itu bagi membantu siasatan akan dilakukan di mahkamah hari ini.

Katanya, pihaknya masih menunggu laporan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Bermotor (Puspakom) bagi melengkapkan siasatan.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar