Ringgit semakin kukuh kepada RM4.67 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Nilai ringgit dibuka kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) kerana kitaran kenaikan kadar faedah AS disifatkan akan berakhir untuk tahun ini, sekali gus mengurangkan sentimen risiko, kata seorang penganalisis.

Pada 9.05 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.6750/6810 berbanding dolar AS daripada penutupan dagangan Jumaat lepas pada 4.7265/7320.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata kadar faedah AS menghampiri puncak kitaran, sebahagiannya didorong oleh laporan gaji bukan ladang (NFP) yang lebih lemah daripada jangkaan.

“NFP yang merupakan pengukur bagi jumlah penghasilan pekerjaan di AS, meningkat pada kadar lebih perlahan kepada 150,000 pada Oktober dan ini mencadangkan kitaran kenaikan kadar faedah semakin hampir ke penghujungnya,” katanya.

Selain itu, beliau turut menjangka mata wang tempatan akan meningkat minggu ini selepas berada dalam kedudukan terlebih jual untuk beberapa ketika dan berkemungkinan bergerak positif hari ini, ke arah paras RM4.70 berbanding dolar AS.

Sementara itu, mata wang tempatan diniaga kebanyakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain kecuali pound Britain, menyaksikan nilai ringgit turun menjadi 5.7816/7890 daripada 5.7734/7801 Jumaat lalu.

Nilai ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.1260/1303 daripada 3.1445/1484 dan tinggi berbanding euro kepada 5.0135/0199 daripada 5.0318/0377 sebelumnya.

Berbanding mata wang ASEAN yang lain, ringgit diniagakan lebih tinggi.

Mata wang tempatan mengembang berbanding dolar Singapura pada 3.4553/4600 daripada 3.4713/4756 pada Jumaat dan meningkat berbanding rupiah Indonesia pada 297.2/297.7 daripada 300.5/300.9.

Ringgit turut mengukuh berbanding baht Thai kepada 13.1861/2097 daripada 13.2332/2553 sebelumnya dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.37/8.39 daripada 8.42/8.44. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar