Safura Energy terima pengesahan CDRC penstrukturan semula hutang

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 75%` daripada pembiaya Kemudahan Pembiayaan Pelbagai Mata Wang bernilai kira-kira RM10.3 bilion (Pembiaya MCF) secara prinsipnya telah memberi kelulusan untuk cadangan skim penstrukturan semula hutang (PRS) Sapura Energy Bhd.

Sapura Energy dalam satu kenyataan berkata, pengesahan bertulis itu diterima kumpulan itu daripada Jawatankuasa Penstrukturan Semula Hutang Korporat (CDRC).

Proses tersebut melibatkan kira-kira RM1.5 bilion dalam tuntutan daripada vendor.

Sejak September tahun lalu, Sapura Energy dan Pembiaya MCF berunding melalui CDRC bagi mencapai kata sepakat berhubung PRS berkenaan.

Menurut Sapura Energy, kelulusan secara prinsip bagi PRS itu membuka ruang untuk suatu mesyuarat melalui perintah mahkamah yang diadakan bersama pemiutang syarikat itu dan anak-anak syarikat yang berkaitan.

“Lembaga Pengarah dan pengurusan kanan Sapura Energy merakamkan penghargaan mereka kepada ahli CDRC atas bimbingan dan profesionalisme yang tidak ternilai sepanjang proses perundingan.

“Kami juga berterima kasih kepada Pembiaya MCF atas sokongan berterusan terhadap Sapura Energy,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sapura Energy, Datuk Mohd Anuar Taib.

Antara penasihat utama Sapura Energy ialah PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd; Sage 3; Saheran Suhendran; Rahmat Lim & Partners; Kirkland & Ellis; Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF); dan Albar & Partners, serta penasihat kepada Pembiaya MCF termasuk Kroll, Wong & Partners dan Mayer Brown.

Sapura Energy dan penasihatnya akan terus bekerjasama dengan Pembiaya MCF dan CDRC untuk memastikan penstrukturan semula hutang kumpulan Energy untuk diselesaikan dengan tuntas.

Mohd Anuar berkata, dengan adanya kelulusan dasar, Sapura Energy yakin perkara itu sudah menghampiri penghujungnya.

“Ini adalah langkah positif ke arah mengatur semula kedudukan kewangan kami agar Sapura Energy akhirnya tidak lagi berstatus syarikat Nota Amalan 17 (PN17),” katanya.

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar