Bursa Malaysia di paras tertinggi dalam tempoh sebulan

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka tinggi menjejaki prestasi Wall Street semalaman yang lebih baik, berdasarkan jangkaan aliran masuk dana asing yang berterusan ke bursa tempatan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.38 mata kepada 1,465.66 daripada 1,465.28 semalam.

FBM KLCI dibuka tinggi 1.28 mata kepada 1,466.56.

Bagaimanapun, suasana pasaran negatif berikutan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 133 berbanding 111 manakala 260 kaunter tidak berubah, 1,812 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 150.02 juta unit bernilai RM72.04 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade, Thong Pak Leng, berkata dalam negara, FBM KLCI mencatat kemajuan untuk ditutup kepada 1,465 atau paras tertinggi dalam tempoh sebulan semalam.

“Kami percaya aliran dana asing akan berterusan ke pasaran ekuiti, justeru menjangka indeks akan diniagakan antara 1,460 dan 1,470 hari ini.

“Kami mendapati sejak enam bulan lalu, paras 1,465 mata dilihat menjadi paras halangan yang kukuh, justeru jika paras ini dapat dilepasi, kita dijangka menyaksikan indeks tersebut kemungkinan mencabar paras 1,500,” katanya kepada Bernama.

Mengulas mengenai Wall Street, katanya pengurangan kadar faedah dan pertumbuhan ekonomi akan terus memainkan peranannya walaupun penilaian mungkin menjadi halangan pada masa depan.

“Oleh itu, Dow Jones Industrial Average semalaman ditutup tidak berubah manakala Nasdaq naik 91 mata berikutan hasil 10 tahun AS meningkat kepada 3.935 peratus,” katanya.

Di bursa tempatan, saham wajaran tinggi utama Maybank naik dua sen kepada RM9.02, Tenaga Nasional merosot empat sen kepada RM9.95, Petronas Chemicals berkurangan enam sen kepada RM7.13 manakala Public Bank dan CIMB, masing-masing tidak berubah pada RM4.35 dan RM5.94.

Daripada saham aktif, Careplus menambah tiga sen kepada 49.5 sen, Top Glove naik setengah sen kepada 96.5 sen manakala Leform, Nexgram dan SMTRACK, masing-masing tidak berubah pada 38.5 sen, 3.5 sen dan 4.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 1.48 mata kepada 10,856.95, Indeks FBMT 100 susut 0.71 mata kepada 10,523.61, Indeks FBM 70 berkurangan 15.07 mata kepada 14,496.48, Indeks FBM Emas Shariah turun 8.94 mata kepada 10,975.84 manakala Indeks FBM ACE menokok 26.06 mata kepada 5,187.46.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 9.95 mata kepada 16,535.46, Indeks Perladangan meningkat 0.37 mata kepada 7,032.31, Indeks Tenaga berkurangan 0.03 mata kepada 813.37 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan susut 0.41 mata kepada 172.01. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028