PETRONAS, PTTEP jalin kerjasama cari gali luar pesisir Sarawak

KUALA LUMPUR: PETRONAS menerusi anak syarikatnya, Petronas Carigali Sdn Bhd menjalin kerjasama dengan PTT Exploration and Production (PTTEP) dalam usaha cari gali serta pengeluaran minyak dan gas (O&G) di luar pesisir Sarawak.

Sehubungan itu, Petronas Carigali memeterai memorandum persefahaman (MoU) dan dua perjanjian bantuan teknikal (TAA) dengan PTTEP bagi pembangunan Block SK405B dan SK410B di Sarawak.

MoU itu merangkumi skop potensi pemindahan pengeluaran dari Blok SK405B menerusi kemudahan kontrak perkongsian pengeluaran (PSC) D35/D21/J4, kemudahan PSC Balingian Pasca 1976 dan Terminal Minyak Mentah Bintulu yang diuruskan oleh Petronas Carigali.

TAA pertama melibatkan kerja-kerja kajian dan reka bentuk bagi medan Blok SK405B ke dalam kemudahan kendalian yang diuruskan oleh Petronas Carigali.

Pada masa sama, TAA kedua merangkumi bantuan reka bentuk kejuruteraan bagi potensi pembinaan, kerja-kerja ikatan, saluran paip dan lintasan kabel Blok SK410B untuk pemindahan gas Lang Lebah ke Kemudahan Bekalan Gas Tambahan Bintulu 2 serta pengeluaran dan pengendalian kondensat Lang Lebah di Kemudahan Bersepadu Bintulu.

Pengurus Besar Kanan Petronas Carigali bagi Sarawak Asset, Anuar Ismail berkata kerjasama itu akan membolehkan kedua-dua pihak melonjakkan lagi kemajuan dengan memanfaatkan kepakatan serta teknologi Petronas Carigali menerusi tumpuan berterusan terhadap pengoptimuman kos dan kecemerlangan operasi dalam memastikan jaminan bekalan, khususnya di Sarawak.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan PTTEP ke arah mencapai aspirasi bersama dalam membangunkan industri tenaga Malaysia untuk jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu Pengurus Negara PTTEP Kanok Intharawijitr berkata syarikat itu pada masa ini mengendalikan lapan PSC di Sarawak dengan jumlah pengeluarannya kira-kira 15 tong sehari dan ribuan tong minyak sehari serta 200 juta kaki padu gas standard sehari.

“Di Sarawak, kita mempunyai beberapa pembangunan termasuk SK410B dan SK405B. Kami amat menghargai kerjasama ini kerana akan membolehkan pihak-pihak terbabit melanjutkan kejayaan projek-projek kami,” katanya.

PTTEP memegang 49.5 peratus kepentingan penyertaan dalam PSC Blok SK405B dengan MOECO Oil (Sarawak) Sdn Bhd dan Petronas Carigali memegang masing-masing 25.5 peratus dan 25 peratus.

Bagi Blok SK410B PSC, PTTEP dan Kuwait Foreign Petroleum Exploration Company masing-masing memegang 42.5 peratus kepentingan manakala baki 15 peratus dipegang oleh Petronas Carigali. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028