Saham Topmix catat premium hari pertama di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Topmix Bhd memulakan penampilan sulungnya di Pasaran ACE Bursa Malaysia hari ini pada 41 sen, premium sebanyak 10 sen, atau 32.26 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 31 sen.

Kaunter syarikat produk hiasan permukaan menyeluruh itu menyaksikan 12.25 juta saham bertukar tangan ketika ia dibuka.

Pengarah Urusan Topmix, Jack Teo Quek Siang dalam satu kenyataan berkata, kejayaan penyenaraian IPO itu memperlihatkan komitmen mereka untuk memacu Topmix ke hadapan bagi mengukuhkan penyertaan kumpulan dalam pasaran produk hiasan permukaan.

Modal baharu yang diperoleh melalui IPO itu membolehkan kumpulan mempercepatkan pelan pengembangannya, termasuk meluaskan rangkaian produk papan cip permukaan kayu melamina (MFC), untuk memenuhi segmen pelanggan baharu seperti pengeluar perabot, katanya.

“Kami merancang untuk menubuhkan pejabat jualan baharu di Pulau Pinang bagi meneroka potensi pasaran di wilayah tengah selain mengembangkan kapasiti gudang untuk memastikan pengedaran produk yang cekap dan masa penghantaran yang lebih cepat di wilayah berkenaan,” kata Quek Siang.

Topmix dijangka meraih RM25.6 juta daripada IPO dengan RM11.3 juta diperuntukkan untuk modal kerja am dan RM6 juta untuk pengembangan perniagaan, pemasaran dan jualan, termasuk menubuhkan pejabat jualan baharu dan meningkatkan kapasiti gudang.

Di samping itu, kumpulan merancang untuk memperuntukkan RM5.3 juta bagi usaha pengembangan produk MFC, manakala baki RM3 juta untuk membiayai perbelanjaan penyenaraian.

Dalam sidang akhbar selepas penyenaraian, Quek Siang berkata Topmix akan memberi tumpuan pada pengembangan di wilayah utara seiring perkembangan pesat industri semikonduktor.

Langkah pengembangan itu bersesuaian dengan perubahan tingkah laku pelanggan wilayah itu, yang kini lebih memilih reka bentuk dalaman yang moden untuk projek pengubahsuaian kediaman dan komersial mereka.

“Jadi, kami mahu lebih giat berkembang di utara untuk mendapatkan bahagian pasaran yang lebih besar. Ini susulan banyak pusat beli-belah dan hotel sedang diubah suai. Jadi, dalam industri pengubahsuaian, kami memberi tumpuan kepada perumahan dan juga sektor komersial,” katanya. – BERNAMA

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar