Smart Asia Chemical sasar kumpul RM37.4 juta daripada IPO Pasaran ACE Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Pengeluar cat dan salutan industri, Smart Asia Chemical Bhd yang akan disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 28 Mei 2024 menyasarkan untuk mengumpul RM37.4 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO).

Sasaran itu adalah menerusi terbitan 93.5 juta saham baharu pada harga IPO 40 sen sesaham.

Berdasarkan modal saham kumpulan yang diperbesarkan sebanyak 369.8 juta saham dan harga IPO tersebut, ia akan memiliki modal pasaran sebanyak RM147.9 juta.

Smart Asia memperuntukkan 42.78% daripada hasil keseluruhan bagi membiayai sebahagian pembinaan Kilang Perak manakala 29.41% bagi membiayai sebahagian pembelian dan pentauliahan sistem pengeluaran cat automatik di Kilang Perak dan sejumlah 13.37% untuk pembelian 250 set mesin mewarna.

Baki hasil akan digunakan untuk modal kerja dan penyenaraian perbelanjaan berkaitan dengan Kilang Perak dijadual mengadakan pembukaan pada 9 Mei 2024.

Apabila dimulakan, kapasiti pengeluaran Smart Asia dijangka meningkat sebanyak tiga kali ganda daripada pembuatan tahunan semasa.

Kumpulan itu memberi fokus kepada pembangunan, pembuatan, pengedaran dan penjualan pelbagai jenis cat hiasan serta salutan pelindung bagi kegunaan rumah dan industri serta produk berkaitan.

Buat masa sekarang, kumpulan itu mempunyai Sembilan pemborong dan 937 pengedar di Malaysia, bersama 14 pengedar sah di pasaran luar negara termasuk Singapura, Brunei, Indonesia, Kemboja, Vietnam dan Myanmar.

Pengarah Urusan Smart Asia, Goh Chye Hin berkata, kumpulan itu menggunakan rangkaian pengedaran berbilang saluran termasuk pemborong, pengedar, pengedar sah dan pasukan jualan dan pemasaran kami sendiri.

“Strategi ini membolehkan kami mencapai pangkalan pelanggan yang luas, mencapai skala ekonomi dan meningkatkan bahagian pasaran kami.” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mercury Securities Sdn Bhd merupakan penasihat utama IPO, penaja, penaja jamin, dan ejen penempatan tunggal. – DAGANGNEWS

Coelho

Related Posts

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

KUALA LUMPUR, 13 Feb — Berjaya Land Berhad secara rasmi menukar namanya kepada Berjaya Property Berhad selepas mendapat kelulusan pemegang saham dalam Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) hari ini. Penjenamaan…

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

KUALA LUMPUR — Tan Sri Dato’ Sri Dr Mohamad Norza Zakaria kini dilihat telah melepasi ambang kawalan dalam Citaglobal Berhad selepas melaksanakan penyusunan strategik pegangan saham yang mengukuhkan pengaruhnya dalam…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar