PETRONAS mungkin kehilangan sebahagian hasil kepada Petros

KUALA LUMPUR: Syarikat minyak dan gas negara, Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dijangka kehilangan sebahagian daripada hasil kerana tidak menjadi agregator gas tunggal di Sarawak, kata RHB Investment Bank Bhd.

Dalam satu nota penyelidikan, bank pelaburan itu berkata terdapat ura-ura yang semakin meningkat mengenai PETRONAS yang berdepan potensi pemotongan perbelanjaan modal susulan berita Petroleum Sarawak Bhd (Petros) mengambil alih pembelian dan penjualan gas asli Sarawak daripada syarikat minyak dan nasional terbabit.

Peralihan akan bermula pada separuh kedua 2024.

“Kita mungkin melihat beberapa potensi gangguan operasi dalam tempoh terdekat sebelum lebih banyak kejelasan atau penyelesaian jelas dicapai antara Petros dan PETRONAS.

“Bagaimanapun, kami percaya bahawa akhirnya, kedua-dua pihak mahu memaksimumkan pengeluaran, terutamanya apabila harga minyak dijangka kekal stabil,” katanya.

Selain itu, RHB Investment Bank berpendapat bahawa pengurangkan belanjawan domestik yang drastik oleh satu pihak adalah tidak mampan dalam jangka panjang kerana ia akhirnya akan menjejaskan kedudukan minyak dan gas (O&G) Malaysia di rantau ini.

Sebelum ini, PETRONAS memperuntukkan belanjawan RM300 bilion antara 2023 dan 2027 (RM50 bilion setahun) yang merangkumi purata perbelanjaan belanjawan domestik RM22.6 bilion setahun (perbelanjaan modal lima tahun RM113 bilion).

Bank pelaburan itu berkata, PETRONAS membuat perbelanjaan modal RM52.8 bilion pada tahun kewangan 2023, dengan pembahagian yang hampir sama antara portfolio domestik dan antarabangsa.

“Segmen huluan dan gas masing-masing menyumbang 52% dan 22% daripada belanjawan domestik, dan pemindahan peranan agregator gas tunggal kepada Petros mungkin membawa kepada pengurangan belanjawan yang lebih ketara dalam segmen gas.

“Walaupun kita mungkin melihat beberapa gangguan operasi yang berpotensi dalam tempoh terdekat, kami masih menganggap penyelesaian yang perlu dicapai antara kedua-dua pihak terbabit tanpa menjejaskan pengeluaran sedia ada dan pelaburan domestik masa depan untuk memenuhi permintaan gas global yang semakin meningkat,” katanya.

Bank pelaburan itu berkata, impak pendapatan ke atas PETRONAS kekal tidak menentu, tetapi langkah itu mungkin menjejaskan keupayaannya untuk berbelanja.

Secara keseluruhannya, di sebalik ketidaktentuan yang semakin meningkat terhadap hala tuju dan strategi PETRONAS, RHB Investment Bank masih mengekalkan saranan ‘wajaran tinggi’ ke atas sektor O&G.

Buat masa ini, bank pelaburan itu terus memihak kepada syarikat perkhidmatan huluan dengan pendedahan yang lebih besar dalam ruang berkaitan penyelenggaraan, kerana mereka memberikan daya tahan pendapatan yang lebih besar, ditambah pula dengan syarikat yang mempunyai kepelbagaian antarabangsa seperti Yinson, MISC dan Bumi Armada.

Coelho

Related Posts

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

KUALA LUMPUR: YTL Group mengumumkan pelantikan beberapa anggota generasi baharu keluarga Yeoh sebagai pengarah dan pengarah ganti dalam syarikat kumpulan itu. Dalam kenyataan, kumpulan itu memaklumkan Joseph Yeoh Keong Shyan…

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

PETALING JAYA: MKH Bhd akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 28 Okt, susulan pengambilalihan oleh Batu Kawan Bhd yang membawa kepada penguasaan 95.16% saham syarikat itu. Dalam makluman kepada Bursa,…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

  • October 24, 2026
YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

  • October 23, 2026
MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

  • October 23, 2026
Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

  • October 23, 2026
UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

  • October 23, 2026
Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

  • September 30, 2026
RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028