Saham Sancy catat 12 sen pada minit awal kemunculan pertama di Pasaran LEAP

KUALA LUMPUR: Penyedia penyelesaian penjagaan kesihatan digital, Sancy Bhd (Sancy) dibuka tidak diniagakan pada 12 sen dalam kemunculan sulungnya di Pasaran LEAP Bursa Malaysia hari ini.

Namun pada 9.55 pagi, harga sahamnya meningkat kepada 26 sen sesaham iaitu premium 14 sen atau 116 peratus daripada harga tawaran awam asalnya pada 12 sen dengan 10,000 saham saling berpindah tangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prabuddha Kumar Pronob Chakravertty bagaimanapun tidak terganggu dengan pergerakan mendatar saham itu pada awalnya dan menganggap pelabur lazimnya menunggu bagi mendapatkan harga yang baik.

“Pelabur akan menunggu dan memegang saham pada harga yang tepat,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyenaraian itu di Bursa Malaysia hari ini.

Beliau juga menyifatkan minat terhadap saham itu akan bergerak seiring dengan kenaikan harganya.

Syarikat tersebut berjaya mengumpulkan sejumlah RM7.67 juta menerusi langkah terbitan 78.6 juta saham baharu sebelum tawaran awam permulaan (IPO) dengan dana tersebut digunakan bagi menampung aspek termasuk aktiviti modal kerja, penyelidikan dan pembangunan teknologi.

Malah, pada tahun depan, Sancy menyasarkan untuk memasukkan kira-kira 100 hospital di Malaysia ke dalam platform Pertukaran Data Insurans dan Sistem Analisis (IDEAS) yang dapat menyuntik pertumbuhan dua digit bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2024.

Melangkaui 2024, Sancy berhasrat untuk menjadikan pasaran antarabangsa sebagai penyumbang utama pertumbuhannya dengan memanfaatkan platform IDEAS tersebut.

Platform itu merangkumi perisian pertengahan pertukaran data bersepadu yang memperkemas serta mengautomasikan proses tuntutan melalui Surat Jaminan (GL) melibatkan pesakit, penyedia penjagaan kesihatan dan penyedia insurans, katanya.

Selain itu, Prabuddha turut menjangkakan sasaran pertumbuhan dua digit bagi syarikat pada tahun kewangan 2024 yang dipacu terutamanya oleh platform IDEAS dan Sistem Maklumat Hospital serta operasi pemprosesan perniagaan dan segmen perniagaan penyelenggaraan.

Mengulas rancangan bagi tahun ini, beliau berkata Sancy mahu mengembangkan kehadirannya di Malaysia dengan menjangkau lebih banyak penyedia penjagaan kesihatan dan insurans selain meninjau untuk menembusi industri pemprosesan GL insurans di Malaysia.

“Kami masih dalam peringkat rundingan dengan beberapa entiti, termasuk penyedia insurans dan penyedia penjagaan kesihatan bagi mendapatkan penglibatan mereka untuk menggunakan platform IDEAS,” katanya.

Malah, katanya, syarikat itu turut menerima minat daripada penyedia penjagaan kesihatan dari  Pakistan, Thailand, Filipina, India, Bangladesh dan Senegal terhadap platform IDEAS dan Sistem Maklumat Hospital.

  • Coelho

    Related Posts

    BNM Lantik Dato’ Zabariah Mohd Yusof sebagai Ahli Majlis Penasihat Syariah Baharu

    KUALA LUMPUR, 30 Jan 2026 — Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelantikan Zabariah Mohd Yusof sebagai ahli baharu Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia (SAC) bagi tempoh dua tahun, berkuat…

    ShopeePay Lancar Money+, Pelaburan Serendah RM10 Dengan Pulangan Harian

    KUALA LUMPUR — ShopeePay terus memperkukuh ekosistem kewangan digitalnya menerusi pelancaran Money+, satu ciri pelaburan baharu yang membolehkan pengguna mula melabur dengan modal serendah RM10 sambil menikmati potensi pulangan harian.…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar