SPRM tidak kesan sebarang salah laku rasuah dalam tadbir urus HRD Corp – Laporan PAC

  • News
  • December 9, 2024

KUALA LUMPUR: Tiada kesalahan dikesan dalam isu tadbir urus Perbdanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp), menurut laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Menerusi laporan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berkata tiada kesalahan di bawah Akta SPRM telah dilakukan.

“Kami membuka kertas siasatan dan kami mendapati tiada kesalahan dilakukan di bawah Akta SPRM.

“Daripada kertas siasatan tersebut, kami panjajngkan kepada bahagian pemeriksaan dan tatakelola (BPT),” menurut pegawai agensi itu, Mohd Fuad Sedet, dipetik sebagai berkata.

Julai lalu, SPRM berkata siasatannya terhadap HRD Corp, berikutan pendedahan dalam laporan Ketua Juruaudit Negara (LKAN) 2024, tertumpu kepada rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan dana.

Pendedahan SPRM telah membersihkan HRD Corp daripada sebarang salah laku menyusul tidak sampai sebulan selepas dilaporkan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Shahul Hameed Shaik Dawood, yang mengambil cuti secara sukarela pada Julai, telah kembali bekerja.

Sahul telah mengambil cuti taman untuk melancarkan siasatan SPRM.

Menteri Sumber Manusia Steven Sim berkata bahawa “semua orang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, dan dalam kes ini, tiada kakitangan HRD Corp didakwa di mahkamah”.

Sim juga berkata bahawa laporan kementerian telah diserahkan kepada SPRM adalah untuk melihat pelanggaran khusus yang dibangkitkan dalam laporan ketua juruaudit.

Ia tidak bermakna mana-mana individu tertentu bersalah, katanya.

HRD Corp berada di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Manusia.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, memaklumkan siasatan terhdapat HRD Corp berhubung isu tadbir urus agensi itu masih berjalan.

Azam berkata, beliau maklum mengenai laporan bahawa PAC dimaklumkan kes itu sudah ditutup SPRM oleh seorang pegawai SRPM, namun ia mungkin hanya membabitkan satu fail siasatan saja.

“Saya tidak tahu di mana sudut pegawai ini berbincang mengenai masalah itu tapi secara umum, kami membuka beberapa fail terhadap HRDF.

“Semua penyiasatan masih berjalan dan saya sudah mengarahkan pegawai saya Untuk memaklumkan kepada PAC,” katanya, lapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutupan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2024 di sini, hari ini.

Coelho

Related Posts

  • News
  • November 14, 2025
Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

  • News
  • July 18, 2025
Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar