MBSB tarik balik kes saman pinjaman RM123 juta terhadap KNM

KUALA LUMPUR: KNM Group Berhad mengumumkan bahawa MBSB Bank Berhad secara rasmi menarik balik semua tindakan undang-undang yang difailkan sebelum ini terhadap kumpulan tersebut dan anak-anak syarikatnya.

Selain itu katanya, MBSB juga telah menyatakan sokongan berterusannya terhadap permohonan perintah sekatan yang sedang dijalankan oleh KNM dan KNM Process Systems Sdn Bhd (KNMPS).

Sebelum ini, MBSB telah memulakan tindakan undang-undang berhubung pertikaian kemudahan Pembiayaan Berjangka Islam-i dengan berjumlah RM123 juta yang diberikannya kepada KNMPS.

Pinjaman itu dicagarkan dengan tanah milik Perwira Awan Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh KNM melalui KNMPS, dengan dua pertuduhan didaftarkan ke atas hartanah di Mukim Sungai Karang, Kuantan, Pahang masing-masing pada 2015 dan 2020.

MBSB memohon perintah mahkamah untuk lelongan awam tanah itu, dengan merujuk kepada kegagalan KNM Process Systems untuk membayar balik RM116.13 juta pada 31 Januari 2025.

“Bagaimanapun,susulan penarikan balik prosiding undang-undang itu baru-baru ini, MBSB telah melanjutkan sokongannya terhadap usaha KNM untuk menyelesaikan perkara ini dengan pemiutangnya,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif KNM, Ravindrasingham Balasingham berkata bahawa syarikat itu menyambut baik keputusan MBSB untuk menarik balik tindakan tersebut dan sokongan berterusan terhadap perintah sekatan.

Langkah positif ini katanya, mencerminkan kepercayaan dan kerjasama antara pengurusan KNM dengan pemiutangnya ketika syarikat tersebut berusaha ke arah mencapai resolusi yang adil serta seimbang untuk semua pihak berkepentingan.

Beliau juga menambah bahawa, sokongan daripada pemiutang adalah penting bagi syarikat yang mempunyai rekod prestasi operasi yang kukuh, seperti KNM, untuk mengharungi cabaran kewangan semasa dan dapat kembali kepada prospek keuntungan.

“Seterusnya, penarikan tindakan perundangan dan sokongan perintah sekatan itu dijangka menyumbang ke arah masa depan ekonomi negara kita sendiri pada masa akan datang,” kata beliau.

Perkembangan itu jelas Ravindrasingham, menunjukkan pendekatan konstruktif MBSB kerana Kumpulan KNM terus bekerjasama dengan pemiutangnya untuk mencapai penyelesaian yang boleh diterima.

Usaha MBSB itu juga kata beliau, menandakan satu langkah ke hadapan yang positif dalam perjalanan KNM ke arah pemulihan kewangan.

Coelho

Related Posts

Media Prima catat untung bersih RM20.7 juta tahun kewangan 2025

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia merekodkan keputusan kewangan bagi suku keempat yang kukuh sekali gus memberikan tempoh 12 bulan tahun kewangan 2025…

Letupan gas Putra Heights: Panasonic Malaysia dijangka rugi RM27.2 juta

KUALA LUMPUR: Panasonic Manufacturing Malaysia Bhd menghadapi gangguan bekalan gas di kilang mereka di Shah Alam yang dijangka mengakibatkan kerugian sebanyak 3% dalam hasil tahunan syarikat, susulan letupan paip gas…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You Missed

KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

  • February 16, 2026
KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

  • February 14, 2026
Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

  • February 14, 2026
AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

  • February 14, 2026
Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

  • February 8, 2026
Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

  • February 2, 2026
Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar