Bursa Malaysia naik sedikit pagi ini

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia meningkat sedikit pada pagi urus niaga Isnin, dirangsang oleh kegiatan memburu saham murah selepas penjualan baru-baru ini walaupun terdapat sentimen lemah disebabkan faktor-faktor luaran.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.44 mata kepada 1,423.36 daripada 1,422.92 pada penutupan Jumaat lalu.

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung pada 144 berbalas 136, manakala 250 kaunter tidak berubah, 1,727 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 128.74 juta unit bernilai RM48.69 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, sentimen pasaran keseluruhan mungkin kekal terdedah di tengah-tengah kebimbangan ekonomi global kerana pelabur masih menantikan data kadar inflasi zon Euro minggu ini.

Firma pembrokeran itu turut menyatakan pelabur masih menumpukan pada rundingan siling hutang Amerika Syarikat (AS) minggu ini.

https://b1916e498db3fd7cc58ec26002eb636c.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html “Walaupun aktiviti memburu saham murah dijangka bermula di bursa tempatan di tengah-tengah pengeluaran laporan pendapatan, kenaikan harga mungkin terhad dalam jangka masa terdekat,” katanya dalam nota hari ini.

Bagi komoditi, firma itu menjangkakan harga minyak mentah Brent berlegar melebihi AS$74, manakala minyak sawit mentah diniagakan di bawah RM3,650 satu tan manakala dan harga emas terus kekal melebihi AS$2,000 seaun.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, CIMB dan CelcomDigi naik satu sen setiap satu kepada RM8.70, RM4.96 dan RM4.49, Petronas Chemicals menokok empat sen kepada RM7.07 manakala Public Bank susut satu sen menjadi RM3.96 dan Tenaga kerugian 10 sen kepada RM9.36.

Saham aktif pula, Classita dan Revenue Group masing-masing meningkat setengah sen kepada 16.5 sen dan 33 sen, Jade Marvel menokok satu sen kepada 28 sen manakala SMRT Holdings turun setengah sen kepada 64.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 3.39 mata kepada 10,419.05, Indeks FBMT 100 naik 2.22 mata untuk mencatatkan 10,113.61 dan Indeks FBM Emas Syariah mengembang 2.27 mata kepada 10,778.19.

Indeks ACE FBM meningkat 10.91 mata kepada 4,995.39 manakala indeks FBM 70 turun 1.04 mata kepada 13,487.12.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.22 mata kepada 167.34, Indeks Perkhidmatan Kewangan memperoleh 9.89 mata kepada 15,523.17 dan Indeks Perladangan menambah 3.41 mata kepada 6,960.07 manakala Indeks Tenaga menguncup 2.55 mata kepada 826.84.

  • Coelho

    Related Posts

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    KUALA LUMPUR, 16 Feb – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3% hingga 6.5% bagi tahun kewangan 2025, menurut Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd,…

    RAM Ratings Naikkan Penarafan YTL Corp, YTL Power ke Tahap AAA

    KUALA LUMPUR — Agensi penarafan kredit RAM Ratings mengumumkan peningkatan penarafan kredit jangka panjang bagi YTL Corporation Berhad dan anak syarikat utamanya, YTL Power International Berhad, ke tahap tertinggi AAA,…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar