Ringgit jatuh kepada RM4.49 sedolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini apabila nilai mata wang AS itu mengukuh berikutan kebimbangan berlakunya kelembapan ekonomi, kata seorang penganalisis.

Pada jam 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 4.4920/4970 berbanding dolar AS daripada kadar penutup hari Jumaat 4.4765/4835.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata dolar AS meningkat berbanding mata wang utama lain kerana kebimbangan terhadap kelembapan ekonomi semakin meningkat, walaupun kadar inflasi global telah menyederhana manakala Rizab Persekutuan AS (Fed) kemungkinan menghentikan seketika kenaikan kadar faedah.

“Mesyuarat berkenaan tahap siling hutang AS yang sepatutnya diadakan minggu ini juga akan dipantau dengan teliti untuk melihat sama ada had hutang akan dimansuhkan pada bulan Jun.

Selain itu, Mohd Afzanizam berkata titik data turut menunjukkan pertumbuhan yang menyederhana dan trend disinflasi.

“Jadi, kini tiba masanya untuk melihat kesan terhadap makroekonomi memandangkan transmisi dasar monetari akan mengambil sedikit masa untuk memberi kesan yang bermakna.

https://23bba41ef293efcb5a3ff13cc8d5b8ae.safeframe.googlesyndication.com/safeframe/1-0-40/html/container.html “Oleh itu, pasaran pertukaran asing akan terus terkawal, sekali gus menyokong dolar AS,” katanya sambil menambah ringgit dijangka kekal lemah dengan paras rintangan seterusnya pada RM4.5491.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding euro kepada 4.8752/8806 daripada 4.8839/8915 pada penutupan hari Jumaat, naik berbanding yen Jepun kepada 3.3061/3103 daripada 3.3233/3290 dan meningkat berbanding pound Britain pada 5.5930/5992 daripada 5.6082/6169 sebelumnya.’

Bagaimanapun, mata wang tempatan didagangkan lebih rendah berbanding mata wang ASEAN.

Nilai ringgit lemah berbanding baht Thailand kepada 13.3029/3260 daripada 13.1658/1922 pada penutup Jumaat dan susut berbanding rupiah Indonesia kepada 304.4/305.0 daripada 303.4/304.1 minggu lalu.

Ringgit turut merosot nilai menjadi 3.3562/3605 berbanding dolar Singapura daripada 3.3552/3609 pada Jumaat lalu dan menyusut berbanding peso Filipina pada 8.04/8.06 daripada 8.02/8.04 sebelum ini.

  • Coelho

    Related Posts

    Mahkamah Rayuan Kekalkan Pembekuan Aset RM169.2 Juta Milik Ricky Wong Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd

    KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan ahli perniagaan Wong Shee Kai atau Ricky Wong, Teh Sew Wan dan Wong SK Holdings Sdn Bhd terhadap perintah injunksi yang membekukan…

    LYC Healthcare Berdepan Penggantungan Dagangan, Risiko Dinyahsenaraikan Bursa Malaysia

    KUALA LUMPUR – LYC Healthcare Berhad berdepan risiko digantung dagangan di Bursa Malaysia mulai 10 Ogos 2026 sekiranya gagal mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026 sebelum…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028