Muhyiddin akui ada tawar jawatan MPT Bersatu kepada KJ

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui ada menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU kepada bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, jika beliau mahu menyertai parti itu.

Dedah beliau, tawaran itu dikemukakan kepada Khairy selepas bekas Menteri Kesihatan berkenaan dipecat daripada UMNO, pada Januari lalu.

“Saya dan dia (Khairy) sudah berbincang hal ini agak lama, sejak dia dipecat. Ketika itu dia ajak saya berjumpa dan berbincang secara terbuka mengenai hala tuju dan ketokohan beliau sebagai ahli politik muda yang berkaliber.

“Sebenarnya, dia tak mohon untuk masuk (BERSATU) tetapi saya tawar dia menyertai. Tawaran masih ada dan saya ada bertanya lagi (perkembangan menyertai BERSATU) ketika dia menghadiri rumah terbuka saya tempoh hari.

“Khairy bagaimanapun belum memberi sebarang keputusan. Saya rasa tak mengapa, kita tak mahu menggesa dia tetapi harapan BERSATU adalah dia menyertai kita dan bantu membina kekuatan parti,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin, yang juga Pengerusi Institut Masa Depan Malaysia (MASA) merasmikan Majlis Penganugerahan Geran Penyelidikan Program Pembangunan Dasar MASA (MPDP) 2.0.

  • Coelho

    Related Posts

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    • News
    • July 18, 2025
    Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% pada suku kedua 2025 – KP DOSM

    KUALA LUMPUR, 18 Julai – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang sebanyak 4.5% pada suku kedua 2025, didorong oleh penggunaan domestik yang kukuh dan perbelanjaan isi rumah yang stabil, menurut anggaran awal…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    • February 16, 2026
    KWSP Diramal Kekal Kukuh, Dividen 2025 Diunjur 6.3%–6.5%

    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    • February 14, 2026
    Berjaya Land Berhad Tukar Nama Kepada Berjaya Property Berhad

    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    • February 14, 2026
    AG Terajui Jawatankuasa Khas Siasat Dakwaan Pegangan Saham Azam Baki

    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    • February 14, 2026
    Bukit Aman Siasat Laporan Bloomberg Didakwa Berunsur Fitnah Terhadap Azam Baki

    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    • February 8, 2026
    Norza Lepasi Ambang Kawalan, Kini Pemegang Saham Pengawal Citaglobal

    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar

    • February 2, 2026
    Kronologi Skandal E-Waste: Op Metal & Op Nature SPRM Menjerat KP dan TKP Jabatan Alam Sekitar