Kementerian Ekonomi sasar penggunaan tenaga solar di semua rumah untuk kurangkan beban bil elektrik

KUALA LUMPUR: Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, negara sedang beralih kepada fasa ekonomi hijau dalam usaha menstruktur semula ekonomi negara ke arah ekonomi bernilai tinggi serta menjamin kelangsungan tenaga negara.

Justeru itu, katanya Kementerian Ekonomi menyasarkan untuk menjadikan tenaga solar sebagai kegunaan di setiap rumah untuk mengurangkan bebanan bil elektrik rakyat bagi jangka masa panjang.

“Insya-Allah, lebih banyak inisiatif akan dilaksanakan untuk mempercepatkan peralihan kepada ekonomi hijau dari semasa ke semasa,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian tekad Kementerian Ekonomi dalam usaha merancakkan pelaburan dari dalam dan luar negara dalam sektor baharu seterusnya mewujudkan peluang-peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

Tambah Rafizi, kerangka dasar yang membabitkan ekonomi hijau perlu ditambah baik untuk mempermudah dan menggalakkan pelaburan serta penyertaan sektor awam dan swasta.

Sebagai langkah permulaan, katanya, Kementerian Ekonomi dengan kerjasama Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (NRECC) telah bersepakat untuk meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga boleh baharu (TBB) bagi mewujudkan peluang pertumbuhan ekonomi baharu.

“Pembangunan TBB berkonsep ‘self-contained system’ diperluas untuk menggalakkan pelaburan di sepanjang rantaian nilai industri TBB.

“Sebagai langkah permulaan, sistem solar akan dibangunkan di bangunan-bangunan kerajaan kementerian & agensi kerajaan dan dasar perdagangan TBB rentas sempadan dibenarkan melalui kaedah sistem pasaran tenaga elektrik,” katanya.

  • Coelho

    Related Posts

    MyKad Struktur Baharu Dilancar Berperingkat, JPN Minta Orang Ramai Tidak Tergesa-Gesa

    PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan melaksanakan pengeluaran MyKad Struktur Baharu secara berperingkat di beberapa lokasi terpilih sebelum diperluaskan ke seluruh negara bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar dan teratur.…

    • News
    • November 14, 2025
    Urgent Call For Sme Readiness As Malaysia Enters The Post E-Invoicing Era

    Wezmart pushes digital, tax and AI transformation as SMEs brace for 2026 Kuala Lumpur, 14 November 2025 — Malaysia’s transition into a fully digitalised compliance environment accelerated this week as…

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You Missed

    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    • October 24, 2026
    YTL lantik generasi baharu keluarga Yeoh ke jawatan pengarah

    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    • October 23, 2026
    MKH keluar Bursa 28 Okt selepas Batu Kawan kuasai 95.16% saham

    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    • October 23, 2026
    Zetrix AI: Bayaran sukuk teratur, isu kovenan dibawa kepada pemegang sukuk

    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    • October 23, 2026
    UJSB tanggung kerugian terkumpul RM13.20 bilion, kerajaan sedia RM1 bilion tebus sukuk

    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    • October 23, 2026
    Exsim Hospitality raih subkontrak pertukangan kayu RM13.49 juta daripada Binastra

    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028

    • September 30, 2026
    RM2.8B Helios Solar Park In Kelantan Targets Operations By End-2028